awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Parlimen: Anwar perjelas isu 'turun harga minyak'

Fareez Azman
Fareez Azman
19/09/2023
09:27 MYT
Parlimen: Anwar perjelas isu 'turun harga minyak'
Anwar Ibrahim ketika sesi perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 (KSP RMK12) di Dewan Rakyat, hari ini. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan janji harga minyak turun yang dikatakannya sebelum ini adalah persetujuan bersama parti-parti politik dalam Pakatan Rakyat (PR) ketika itu.
Ujarnya, tindakan pembangkang menggunakan isu terbabit terhadapnya adalah tidak tepat dan seharusnya melihat semula harga minyak ketika ini.
"Ada pertikai soal minyak, hari ini kita menang esok minyak turun.
"Bila saya sebutkan perkara itu semasa PKR, DAP dan Pas bersama, apa saya sebutkan itu dipersetujui oleh PKR, DAP dan Pas.
"Masa itu berapa harga minyak Arab Saudi? 50 sen per liter. Sekarang saya jadi PM, berapa harga petrol tahun 2018? Di Malaysia RM2.21, Arab Saudi dah naik RM2.19.
"Sekarang tahun 2023, minyak di Arab Saudi RM2.84, berapa harga minyak di Malaysia? RM2.05.
"Jadi kita ambil kira ini bahawa kenaikan penurunan minyak, maknanya harga minyak kita masih rendah.
"Brunei sekarang RM1.84, oleh itu untuk terus menggunakan komen dan hujah yang kita buat bersama dalam PR tidak semuanya tepat," kata Anwar ketika sesi perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 (KSP RMK12) di Dewan Rakyat hari ini.
Dewan bagaimanapun bertukar kecoh apabila berlaku pertikaman lidah di antara Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.
Ahli Parlimen Jengka, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man bangun mencelah dan menafikan dengan kenyataan Perdana Menteri itu.
"Terima kasih, saya bersama masa itu, Pas tidak pernah bersetuju masa itu," kata Tuan Ibrahim.
Tindakan itu disusuli Ahli Parlimen Kota Raja, Datuk Seri Mohammad Sabu.
"Masa itu saya setuju, masa itu dia (Tuan Ibrahim) bukan lagi pimpinan," ujarnya.
Keadaan kecoh bagaiamanapun ditenteramkan apabila Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mengarahkan setiap Ahli Parlimen untuk memberi laluan kepada Perdana Menteri menggulung.
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri
#Anwar Ibrahim
#harga minyak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan