awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP Tahun Baharu Cina 2026: 16 barang dikawal harga bermula 13 Feb ini
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
India lokasi prestasi cemerlang dalam portfolio pelaburan Khazanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Parlimen dibubar esok?

Astro Awani
Astro Awani
02/04/2013
00:38 MYT
Parlimen dibubar esok?
Dewan Rakyat dijangka akan dibubarkan seawal esok selepas mesyuarat Kabinet di Putrajaya bagi memberikan laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Menurut laporan Berita Harian hari ini, jangkaan itu berikutan edaran surat dari Jabatan Perdana Menteri yang meminta semua Ahli Jemaah Menteri mengenakan lounge suit berwarna gelap serta bertali leher merah untuk sesi bergambar pada mesyuarat Kabinet.
Mesyuarat tersebut merupakan mesyuarat yang terakhir untuk penggal ini.
“Jika Parlimen dibubar esok, SPR akan mengadakan mesyuarat khas secepat mungkin untuk menetapkan tarikh penamaan calon dan tarikh mengundi,” kata Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar.
Mengikut amalan tradisi, Ahli Jemaah Menteri akan bergambar bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum mesyuarat terakhir Kabinet itu.
Setelah mesyuarat, pembubaran Parlimen akan diumumkan oleh Perdana Menteri dalam satu sidang media.
Perdana Menteri juga akan menghadap Yang di-Pertuan Agong terlebih dahulu sebelum mesyuarat bagi memohon perkenan pembubaran Parlimen.
Menurut laporan Berita Harian lagi, beberapa Menteri yang telah dihubungi mengesahkan menerima surat itu.
Mereka juga dilaporkan tidak menolak kemungkinan Najib akan mengumumkan pembubaran Parlimen selepas mesyuarat tersebut seperti yang dilakukan sebelum ini.
Baru-baru ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah memperjelaskan bahawa tarikh sebenar pembubaran Parlimen secara automatik ialah pada 30 April dan bukan 28 April seperti yang banyak dilaporkan sebelum ini.
Pembubaran automatic bererti ia akan terbubar secara sendiri jika tidak dibubarkan sebelum tarikh itu. Setelah pembubaran, SPR mempunyai tempoh 60 hari untuk mengadakan PRU-13 bagi membentuk kerajaan baru.
Pembubaran Parlimen pada esok juga bermakna penamaan calon akan diadakan pada hujung minggu hadapan sementara hari membuang undi juga akan diadakan selewat-lewatnya 27 April ini.
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#kabinet
#mesyuarat
#Parlimen
#Perdana Menteri
#pilihan raya umum
#PRU-13
#SPR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan