awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Parlimen: Dua RUU di bawah Kementerian Kewangan dibentang untuk bacaan kali pertama

Bernama
Bernama
25/03/2024
06:12 MYT
Parlimen: Dua RUU di bawah Kementerian Kewangan dibentang untuk bacaan kali pertama
Amir Hamzah (foto) ketika membentangkan RUU itu berkata bacaan kali kedua akan dibuat pada sesi persidangan kali ini. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Cukai Pendapatan (Pindaan) 2024 dan Rang Undang-Undang (RUU) Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Pindaan) 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.
Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan ketika membentangkan RUU itu berkata bacaan kali kedua akan dibuat pada sesi persidangan kali ini.
Menurut dokumen yang disiarkan di laman sesawang Parlimen, RUU Cukai Pendapatan (Pindaan) 2024 yang dicadangkan ini bertujuan untuk meminda Akta Cukai Pendapatan 1967 (Akta 53).
Pindaan ini melibatkan Seksyen 2, 3, 4, 8 dan 9 akan mula berkuat kuasa apabila berkuat kuasanya Akta ini, Seksyen 5 dan 6 disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 1 Jan 2024 dan Seksyen 7 berkuat kuasa bagi tahun taksiran 2024 dan tahun-tahun taksiran yang berikutnya.
RUU Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Pindaan) 2024 pula bertujuan meminda Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990 (Akta 445) dan pindaan ini disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 1 Jan 2024.
Kedua dua RUU ini tidak akan melibatkan kerajaan dalam apa-apa perbelanjaan wang tambahan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amir Hamzah Azizan
#Dewan Rakyat
#Rang Undang-Undang
#cukai pendapatan
#Kementerian Kewangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan