awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Parlimen: Empat negeri rekod kadar kemiskinan tegar paling tinggi

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
01/12/2021
05:22 MYT
Parlimen: Empat negeri rekod kadar kemiskinan tegar paling tinggi
Eddin Syazlee berkata demikian di Dewan Rakyat bagi menjawab soalan daripada Nga Kor Ming (PH - Teluk Intan) yang mencadangkan kerajaan mengajar cara menangkap ikan, bukan hanya beri ikan kepada rakyat.- Foto Jabatan Penerangan Malaysia
KUALA LUMPUR: Negeri Kelantan, Sabah, Sarawak dan Perak merupakan antara negeri yang merekodkan kadar kemiskinan paling tinggi di Malaysia.
Bahkan, empat negeri itu juga merekodkan kadar kemiskinan tegar tertinggi berbanding negeri lain, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Eddin Syazlee Shith.
Tambah beliau, negeri yang mempunyai kadar kemiskinan paling rendah pula adalah Johor, Pulau Pinang, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Beliau berkata demikian di Dewan Rakyat bagi menjawab soalan daripada Nga Kor Ming (PH - Teluk Intan) yang mencadangkan kerajaan ‘mengajar cara menangkap ikan, bukan hanya beri ikan’ kepada rakyat.
“Saya bersetuju dengan apa yang Yang Berhormat kata tadi. Daripada kita memberi ikan, lebih baik kita mengajar rakyat cara bagaimana untuk menangkap ikan.
“Persoalannya sekarang dalam temph pandemik ini, tumpuan adalah untuk kita menangani masalah ekonomi yang semakin meruncing.
“Sebelum kita boleh mendidik mereka untuk menangkap ikan, saya percaya ramai di kalangan mereka ini yang berada di bawah garisan kemiskinan ini yang perlu dibantu secara langsung sebelum mereka ini diberikan pendidikan asas untuk mencari makanan sendiri,” katanya.
Beliau sebelum itu menjawab soalan daripada Datuk Seri Rohani Abdul Karim (GPS - Batang Lupar).
Rohani dalam soalannya meminta menteri berkaitan menyatakan adakah data yang dikumpul oleh Jabatan Perangkaan Malaysia menggambarkan situasi sebenar kepelbagaian dimensi kemiskinan yang wujud di Malaysia.
Topic Berkaitan
#tahap kemiskinan
#pandemik
#Dewan Rakyat
#Parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan