awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga Bersatu negeri mahu Hamzah Zainudin dipecat
ACLE: JDT kecundang di Jepun, laluan ke pusingan kalah mati sukar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Parlimen: Pelantikan Danesh Raj sebagai LPU UM berdasarkan kepercayaan kepada golongan muda

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
05/10/2021
04:47 MYT
Parlimen: Pelantikan Danesh Raj sebagai LPU UM berdasarkan kepercayaan kepada golongan muda
Noraini memaklumkan, pelantikan anak muda berusia 20 tahun itu turut mengambil kira penglibatannya dengan alumni universiti berkenaan. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Pengajian Tinggi menjelaskan pelantikan Danesh Raj Nagarajan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti (LPU), Universiti Malaya adalah bersesuaian dengan kepercayaan kerajaan kepada golongan muda.
Menterinya, Datuk Seri Noraini Ahmad memberitahu Dewan Rakyat hari ini pelantikan anak muda berusia 26 tahun itu turut mengambil kira penglibatannya dengan alumni universiti berkenaan.
"Lantikan beliau (sebagai Ahli Lembaga Pengarah) adalah berdasarkan bahawa penglibatannya dengan alumni universiti terbabit.
"Inilah masa yang paling sesuai untuk kita memberi kepercayaan kepada orang muda terutamanya dalam melihat peranan mereka sebagai Ahli Lembaga Pengarah," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (PH-Kulim) mengenai rasional pelantikan anak muda itu yang disifatkan akan menggambarkan kepimpinan dan Lembaga Pengarah universiti.
Terdahulu, menjawab soalan tambahan yang dibangkitkan oleh Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh (Bersatu-Sabak Bernam) mengenai penetapan elaun minimum kepada pelajar yang menjalani latihan praktikal, Noraini memaklumkan kementeriannya memohon peruntukan tambahan dengan RM450 juta untuk pelajar yang mengikuti latihan industri pada 2022.
"Kita ada memohon peruntukan tambahan kepada Kementerian Kewangan dan kami berharap ia akan dipersetujui," tambahnya lagi.
Topic Berkaitan
#Lembaga Pengarah Universiti
#Danesh Raj Nagarajan
#universiti malaya
#noraini ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan