awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Parlimen Tenggara tubuh sukarelawan CDA persediaan hadapi banjir

Bernama
Bernama
26/11/2023
03:40 MYT
Parlimen Tenggara tubuh sukarelawan CDA persediaan hadapi banjir
Penyertaan penduduk akan memberi nilai tambah dan ilmu kepada mereka dalam bertindak untuk membantu mangsa banjir. - Gambar hiasan/BERNAMA
KOTA TINGGI: Parlimen Tenggara mengambil inisiatif menubuhkan Sukarelawan Bencana Civil Defence Auxiliary Member (CDA) di bawah Angkatan Pertahanan Awam (APM) sebagai persediaan menghadapi banjir.
Ahli Parlimen Tenggara Manndzri Nasib berkata pihaknya menyasarkan penyertaan dalam kalangan penduduk daripada pelbagai peringkat umur.
Beliau berkata sukarelawan CDA antaranya berperanan membantu mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) dan membersihkan kediaman penduduk pascabanjir.
"Kita menggalakkan penduduk sertai CDA kerana sasaran penyertaan tiada had umur, semua boleh masuk.
"Setakat ini, kita mempunyai tidak lebih daripada 70 orang sukarelawan CDA, jadi saya harap jumlah ini akan bertambah," katanya selepas merasmikan penubuhan Sukarelawan Bencana CDA dan Persediaan Menghadapi Bencana Bersama Komuniti di Dewan Kampung Sungai Telor di sini baru-baru ini.
Manndzri berkata penyertaan penduduk akan memberi nilai tambah dan ilmu kepada mereka dalam bertindak untuk membantu mangsa banjir.
Menurut beliau penubuhan sukarelawan itu penting memandangkan kawasan Parlimen Tenggara turut terjejas banjir Mac lepas dengan jumlah mangsa mencecah ribuan orang di 12 PPS.
"Mudah-mudahan penubuhan sukarelawan ini dapat membantu kita untuk mendepani bencana banjir dengan lebih baik dengan penyertaan lebih ramai penduduk terutama golongan muda," katanya.
Beliau berkata pihaknya turut memperuntukkan sebanyak RM50,000 untuk pembelian pelbagai barangan termasuk peralatan pascabanjir bagi keperluan sukarelawan CDA.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#monsun timur laut
#CDA
#APM
#banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan