awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump beri ultimatum 48 jam kepada Iran berkaitan Selat Hormuz
SPRM tahan mantan pengerusi disyaki seleweng dana kuil RM50,000
Konflik Asia Barat: Operasi haji 1447H berjalan seperti dijadual, Mekah aman - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasangan kekasih muda ditemui mati dalam kereta terhidu karbon monoksida

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
07/09/2022
07:44 MYT
Pasangan kekasih muda ditemui mati dalam kereta terhidu karbon monoksida
Mayat sepasang kekasih yang ditemui mati dalam kereta akibat terhidu karbon monoksida dibawa ke Masjid Melaka untuk proses bedah siasat. - Gambar Astro AWANI
MASJID TANAH: Sepasang kekasih muda ditemui maut dalam sebuah kereta jenis Perodua Kancil di pekarangan Kompleks Jawatankuasa Penyelaras dan Pembangunan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Ayer Limau, di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9.20 pagi itu, pelajar perempuan tingkatan empat dan teman lelakinya yang berusia 20 tahun disahkan maut selepas dipercayai terhidu karbon monoksida.
Timbalan Ketua Polis Melaka, Datuk Razali Abu Samah berkata, kedua-dua mereka ditemui lengkap berpakaian di bahagian pemandu dan penumpang hadapan selain kenderaan itu turut diselubung menggunakan kanvas.
“Siasatan awal polis mendapati, pasangan ini dipercayai berada di pekarangan kompleks JAPERUN ini sejak petang semalam selepas remaja perempuan itu difahamkan dihantar ke kawasan berkenaan oleh rakannya untuk bertemu mangsa lelaki yang juga teman lelakinya.
“Setakat ini kita tidak kesan apa-apa unsur jenayah yang mana mereka ini lengkap berpakaian dan kepala remaja perempuan itu dilentokkan di bahu lelaki berkenaan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Mengulas lanjut katanya, pihaknya bagaimanapun percaya tidak berlaku sebarang perbuatan sumbang dan pasangan itu dipercayai sengaja duduk di kawasan berkenaan dalam keadaan enjin kenderaan dihidupkan sebelum tertidur.
“Remaja perempuan yang berasal dari Lubok China ini masih bersekolah manakala remaja lelaki yang berasal dari Kuala Sungai Baru pula baharu menamatkan pengajian dari sebuah Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Kelantan.
“Pihak polis juga percaya kereta Perodua Kancil yang merupakan milik bapa mangsa lelaki itu telah kehabisan minyak memandangkan ia dihidupkan dalam tempoh masa yang lama,” kata beliau.
Katanya, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Melaka bagi proses bedah siasat.
Topic Berkaitan
#kekasih muda
#mati dalam kereta
#terhidu karbon monoksida
#Perodua Kancil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan