awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
Ketegangan bidang kuasa Persekutuan-negeri seret Petronas ke tengah pertikaian undang-undang
Kekurangan air meruncing di Bandaraya Gaza meskipun saluran bekalan utama dibuka semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasangan tular bawa bayi pakai alat pernafasan sudah isi borang nikah

Sinar Harian
Sinar Harian
26/05/2024
10:55 MYT
Pasangan tular bawa bayi pakai alat pernafasan sudah isi borang nikah
Gambar tular pasangan itu membawa anak mereka yang memakai alat pernafasan menaiki motosikal. - Gambar fail
ALOR SETAR: Pasangan tular yang membawa bayi lelaki berusia 11 bulan memakai alat bantuan pernafasan dengan menaiki motosikal baru-baru ini akan dinikahkan dalam masa terdekat.
Pengerusi Qariah Masjid Al Maarufi Seberang Kota, Muhammad Hazamer Mualim berkata, lelaki berusia 36 tahun itu hadir ke pejabatnya di masjid berkenaan pada 3 petang untuk menyerahkan dokumen berkaitan pernikahannya.
Menurutnya, beberapa dokumen diserahkan lelaki tersebut bagi mengisi borang pernikahan bersama pasangannya yang berusia 35 tahun.
"Saya bantu dia mengisi borang kahwin, saya juga nasihatkan mereka supaya mengikut tatacara perkahwinan termasuk semua peraturan seperti pemeriksaan HIV dan sebagainya,” katanya ketika dihubungi di sini pada Ahad.
Muhammad Hazamer memaklumkan, lelaki tersebut berjanji akan segera menyerahkan borang pernikahan mereka ke Pejabat Agama Daerah Kota Setar.
"Apabila semua urusan selesai, mengikut panduan dengan lengkap, seterusnya urusan pernikahan akan dibuat segera," katanya lagi.
Dalam pada itu, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK), Syeikh Zainul Jamal Abdul Ghani berkata, pasangan terbabit akan dibantu dalam menyelesaikan urusan berkaitan pernikahan.
“Kes pasangan tersebut diuruskan oleh Pejabat Agama Daerah Kota Setar.
"Pegawai agama akan memanggil pasangan tersebut untuk siasatan sebelum tindakan sewajarnya diambil berdasarkan peraturan dan undang-undang sedia ada,” katanya di sini pada Ahad.
Menurutnya, dokumen lengkap kedua-dua pasangan itu diperlukan untuk memastikan semua urusan lancar.
“Disebabkan itu sangat penting untuk kedua-dua mereka bawa dokumen lengkap berkaitan untuk urusan lanjut,” katanya.
Syeikh Zainul Jamal berharap, anak pasangan terbabit yang dikatakan menghidap penyakit kronik tidak sewajarnya dihakimi sebaliknya dibantu.
“Bagi orang ramai yang ingin membantu anak pasangan tersebut yang disahkan perlu gunakan alat bantuan pernafasan, dipersilakan kerana ia adalah dua isu berbeza,” ujarnya.
Sementara itu, sumber memaklumkan, pasangan tersebut tidak dapat dihubungi sejak Sabtu kerana sibuk menguruskan urusan berkaitan dan bukan melarikan diri seperti didakwa segelintir pihak.
Pada Selasa, media melaporkan kisah pasangan suami isteri yang tular di media sosial kerana membawa anak mereka menaiki motosikal memakai alat pernafasan sehingga turut mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ingin menyalurkan bantuan.
Mohd Azlan Ishak, 36, dan Norhidayu Halim, 35, sering membawa bayi lelaki mereka, Mohd Aariz Zafran yang perlu memakai alat bantuan pernafasan Continuous Positive Airway Pressure (CPAP) kerana menghidap penyakit paru-paru kronik menaiki motosikal untuk mendapatkan rawatan di hospital.
Media pada 9 Jun tahun 2016 lalu pernah menyiarkan kisah wanita tersebut bersama anak lelaki ketiganya yang ketika itu berusia lapan bulan yang menghidap pneumonia, chronic obstructive pulmonary disease (COPD) dan asma (lelah).
Hasil laporan media, keluarga itu menerima banyak sumbangan daripada orang ramai yang bersimpati dengan nasib menimpa anaknya itu. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pasangan tular
#bayi
#alat pernafasan
#nikah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan