awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
Tiga maut, empat cedera dalam dua nahas berasingan di Batu Gajah, Lenggong
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasangan warga Iran menyamar polis antarabangsa samun pelancong ditahan

Astro Awani
Astro Awani
07/04/2018
05:41 MYT
Pasangan warga Iran menyamar polis antarabangsa samun pelancong ditahan
Kedua-dua suspek yang merupakan warganegara Iran tiba di negara ini pada Julai tahun lalu sebagai pelancong.
Tindakan sepasang suami isteri yang menyamar sebagai polis antarabangsa sebelum melakukan samun ke atas pelancong tidak bertahan lama apabila mereka dicekup polis.
Pasangan yang berusia 30 dan 34 tahun itu dikesan aktif melakukan jenayah terbabit sejak tiga bulan lalu di sekitar ibu kota sebelum dicekup polis IPD Dang Wangi pada 26 Mac lalu.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharudin Abdullah berkata, kedua-dua suspek yang merupakan warganegara Iran tiba di negara ini pada Julai tahun lalu sebagai pelancong.
Menurutnya, pasangan itu bertindak melakukan jenayah samun dengan menyamar sebagai polis antarabangsa dan menyasarkan pelancong asing sebagai mangsa.
"Pasangan ini melakukan kegiatan jenayah bersama seorang lagi rakan dan aktif di pusat bandar.
"Modus operandi suspek ialah dengan menahan pelancong asing dan memperdayakan mangsa kononnya pemeriksaan dijalankan ke atas mereka sebelum melakukan samun," katanya pada sidang media di sini.
Shaharudin berkata, semua suspek ditahan di rumah sewa di Seri Kembangan.
Katanya, hasil pemeriksaan di rumah berkenaan menemui dan merampas wang tunai dari 24 negara bernilai RM11,400 dipercayai hasil wang samun selain lima telefon bimbit serta pelbagai dokumen peribadi.
Ujar beliau, semua suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 170 dan 357 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#IPD Dang Wangi
#Ketua Polis Daerah Dang Wangi
#menyamar
#pelancong
#polis antarabangsa
#Seksyen 170
#Seksyen 357 Kanun Keseksaan
#Seri Kembangan
#Shaharudin Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan