awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
Australia beri amaran tegas kepada Roblox susulan aduan antun seksual kanak-kanak
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasar harian, pasar malam, bazaria dibuka berperingkat mulai Isnin - MB Perak

Bernama
Bernama
10/06/2020
11:17 MYT
Pasar harian, pasar malam, bazaria dibuka berperingkat mulai Isnin - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata pembukaan pasar terbuka, pasar pagi, pasar malam dan bazaria itu adalah mengikut lokasi-lokasi yang telah dipilih oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). - Bernama
Kerajaan negeri Perak membenarkan operasi pasar terbuka atau pasar pagi, pasar malam dan bazaria dibuka secara berperingkat bermula Isnin depan, dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata pembukaan pasar terbuka, pasar pagi, pasar malam dan bazaria itu adalah mengikut lokasi-lokasi yang telah dipilih oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
"Peniaga boleh merujuk lokasi-lokasi pembukaan semua pasar itu dengan PBT di daerah masing-masing. Semua PBT juga bersetuju membuka sebilangan pasar malam sahaja seperti di Ipoh. Contoh di bandar Ipoh, hanya 15 lokasi pasar malam sahaja dibuka di sekitar Ipoh.
"Ini kerana, kita perlu melaksanakan pengoperasian di pasar-pasar ini mengikut kemampuan PBT untuk mengurus penguatkuasaan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dan mana-mana pasar yang dibuka tanpa kebenaran boleh dikenakan tindakan," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di sini pada Rabu.
Pada masa yang sama, Ahmad Faizal berkata pihaknya menetapkan agar persatuan bagi semua sukan berpasukan dan sukan tempur supaya memohon kepada PBT untuk mendapatkan kebenaran sebelum menjalani latihan.
"Pembukaan sektor perkhidmatan gunting rambut, kedai pendandan rambut dan salun kecantikan juga adalah mengikut SOP yang telah ditetapkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu
#Menteri Besar
#Menteri Besar Perak
#operasi
#pasar malam
#Pasar pagi
#Perak
#Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan
#PKPP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan