awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat Pencarian juruterbang jet pejuang yang hilang ujian terbesar buat Amerika
Konflik Asia Barat: Suku kaum Iran cari juruterbang jet pejuang Amerika yang hilang di kawasan terpencil
Dua pelajar IPG lemas berkayak di Pantai Merdeka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasaraya Giant di Ipoh terbakar, cetuskan panik pengunjung

Nazialita Geynna Maharan
Nazialita Geynna Maharan
11/05/2017
14:14 MYT
Pasaraya Giant di Ipoh terbakar, cetuskan panik pengunjung
Dalam kejadian sekitar 3:30 petang itu, suasana menjadi tegang dan kecoh apabila orang ramai mula menjerit dan memberikan amaran mengenai kebakaran yang berlaku di bahagian rak tuala pasaraya itu.
Pengunjung pasaraya terkemuka Giant cawangan Bandar Sunway Ipoh di sini mengalami detik mencemaskan apabila satu kebakaran berlaku di dalam pusat membeli-belah tersebut petang tadi.
Dalam kejadian sekitar 3:30 petang itu, suasana menjadi tegang dan kecoh apabila orang ramai mula menjerit dan memberikan amaran mengenai kebakaran yang berlaku di bahagian rak tuala pasaraya itu.
Difahamkan, ada di antara pelanggan yang cuba mencapai pemadam api kerana api merebak dengan begitu pantas.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, Penguasa Bomba Zulkifli Mohamad berkata, pihaknya menerima panggilan sekitar 3.45 petang dan bergegas ke tempat kejadian.
Katanya, setibanya jentera bomba di lokasi, mereka mendapati kebakaran berlaku di ruangan perkakasan dan melibatkan dua buah rak tuala dan kain, tetapi mujur tiada mangsa yang dilaporkan mengalami kecederaan.
Operasi pemadaman berlangsung lebih daripada tiga jam dan kesemua orang ramai telah dikeluarkan ke tempat selamat.
Topic Berkaitan
#Bandar Sunway Ipoh
#Giant
#kebakaran
#pasaraya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan