awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasukan SWAT tumpas buaya baham remaja

Lynch Cowan
Lynch Cowan
31/07/2020
09:59 MYT
Pasukan SWAT tumpas buaya baham remaja
"Hasil bedah siasat yang telah dijalankan oleh pasukan SFC telah menemui beberapa anggota badan manusia di dalam perut buaya berkenaan.
Seekor buaya dipercayai membaham remaja lelaki yang sedang mencari siput di Sungai Batang Belawai, Tanjung Manis dekat sini, minggu lalu berjaya ditangkap oleh Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC), pada Jumaat.
Buaya sepanjang 4.7 meter itu ditangkap dengan menggunakan kail oleh Pasukan Tindakan Pantas Hidupan Liar (SWAT) SFC tidak jauh dari lokasi mangsa diserang jam 9.00 pagi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam kenyataan media berkata, buaya itu kemudian dibawa ke sebuah lokasi berhampiran sebuah rumah panjang untuk dibedah siasat.
"Hasil bedah siasat yang telah dijalankan oleh pasukan SFC telah menemui beberapa anggota badan manusia di dalam perut buaya berkenaan.
"Turut ditemui baju mangsa. Kesemua penemuan tersebut telah diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan kepada media, pada Jumaat.
Dalam kejadian enam hari lalu, Ricky Ganya, 14, dilaporkan disambar buaya ketika sedang mencari siput bersama dua orang rakan dengan ditemani ibu saudaranya.
Rakannya memberitahu, mangsa cuba menyelamatkan diri dengan berpaut pada akar bakau di tepi sungai, namun tidak dapat bertahan lama.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) segera dilancarkan sebaik pihak berkuasa menerima laporan itu dengan dibantu oleh penduduk setempat.
Topic Berkaitan
#bomba
#buaya
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
#Jabatan Hutan
#lelaki
#Malaysia
#mangsa
#operasi
#polis
#remaja
#rumah
#SWAT
#tangkap
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan