awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Patuhi prasyarat sebelum buat bidaan - Syed Saddiq

Bernama
Bernama
28/01/2019
09:50 MYT
Patuhi prasyarat sebelum buat bidaan - Syed Saddiq
Syed Saddiq menegaskan peraturan tersebut merupakan prasyarat yang perlu dipatuhi oleh penganjur. -Foto fail
Persatuan sukan kebangsaan atau penganjur perlu mematuhi pendirian Malaysia terhadap Israel apabila menawarkan diri atau membuat bidaan untuk menjadi tuan rumah bagi acara sukan bertaraf antarabangsa.
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan peraturan tersebut merupakan prasyarat yang perlu dipatuhi oleh penganjur kerana pendirian Malaysia membantah tindakan kejam rejim Israel terhadap rakyat Palestin.
Menurutnya, kerajaan kekal dengan pendirian tidak akan berkompromi mengenai isu Palestin.
BACA: Tiada kompromi, Malaysia tetap halang kemasukan atlet Israel
"Ini bukan bermakna kerajaan campur tangan dalam sukan tetapi sebaliknya prasyarat ini adalah berdasarkan kepada soal keperikemanusiaan," katanya pada sidang media selepas melancarkan Festival Belia Bando Muo di lobi Kementerian Belia dan Sukan, di sini hari ini.
Selain itu, katanya, Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel.
Beliau mengulas keputusan Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) menarik balik hak penganjuran Kejohanan Renang Para Dunia 2019 di Kuching dari 29 Julai hingga 4 Ogos ini.
BACA: Didakwa negara diskriminasi, IPC lucut hak penganjuran Malaysia
BACA: Kita akur, Sarawak hanya venue sahaja - Abang Johari
Keputusan berkenaan dibuat oleh Lembaga IPC itu di London kelmarin selepas mendapati kerajaan Malaysia gagal membenarkan penyertaan atlet dari Israel menyertai kejohanan tersebut yang menjadi medan kelayakan untuk Sukan Paralimpik Tokyo 2020.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bidaan
#Israel
#Kementerian Belia dan Sukan
#Kuching
#Paralimpik
#sukan
#sukan bertaraf antarabangsa
#Syed Saddiq
#tuan rumah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan