awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump beri ultimatum 48 jam kepada Iran berkaitan Selat Hormuz
SPRM tahan mantan pengerusi disyaki seleweng dana kuil RM50,000
Konflik Asia Barat: Operasi haji 1447H berjalan seperti dijadual, Mekah aman - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PBB gesa lebih banyak lintasan ke Gaza dibuka

Sinar Harian
Sinar Harian
02/04/2026
05:46 MYT
PBB gesa lebih banyak lintasan ke Gaza dibuka
Petugas kemanusiaan pada Rabu mengangkut lebih 270,000 liter bahan api ke Gaza bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan asas. - Gambar fail/ Reuters
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sekali lagi menggesa agar lebih banyak lintasan ke Semenanjung Gaza dibuka bagi mempertingkat pergerakan manusia dan barangan serta memperluas tindak balas kemanusiaan di seluruh wilayah itu, lapor Agensi Berita Emiriah (WAM).
Jurucakap PBB Stéphane Dujarric berkata laporan dari lapangan kepada Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) menunjukkan bahawa kakitangan PBB dan rakan-rakannya terus berusaha memastikan bantuan yang menyelamatkan nyawa dapat disalurkan kepada penduduk Gaza.
Keadaan itu berlaku ketika lintasan Karem Abu Salem terus berdepan tekanan ketara sebagai satu-satunya pintu masuk berfungsi bagi barangan komersial ke wilayah berkenaan.
Beliau berkata petugas kemanusiaan pada Rabu mengangkut lebih 270,000 liter bahan api ke Gaza bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan asas.
“Pada masa sama, Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) mengumpulkan makanan ternakan, manakala UNICEF mendapatkan semula lebih 240 palet bekalan, termasuk makanan, ubat-ubatan, kit kebersihan dan pakaian,” katanya.
Jurucakap PBB itu turut mendedahkan bahawa FAO sedang meningkatkan bantuan tunainya kepada tambahan 1,000 petani di Gaza bagi mengaktifkan semula pengeluaran tanaman mereka.
Beliau menambah: “Bantuan itu berdasarkan projek perintis yang berjaya dilaksanakan oleh program berkenaan tahun lepas, yang menyaksikan 200 petani berjaya menanam lebih 500 tan metrik sayur-sayuran segar, dengan sokongan daripada Dana Kemanusiaan Wilayah Palestin yang Diduduki.”
Jurucakap itu menjelaskan bahawa peningkatan jumlah bantuan yang disalurkan FAO kepada petani di Gaza akan membolehkan mereka menyediakan makanan kepada kira-kira 95,000 orang sepanjang setahun.
-- BERNAMA-WAM
Topic Berkaitan
#Genosid Gaza
#PBB
#kekejaman israel
#lintasan Rafah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan