awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perjuangan Ng Eain Yow di Mesir berakhir awal
Windows 11 versi 24H2 bakal dinaik taraf automatik ke 25H2
Penantian 65 tahun buat Lincoln City berakhir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PBB mesti tuntut AS, Israel bertanggungjawab atas perang terhadap Iran - Araghchi

Bernama
Bernama
18/03/2026
04:19 MYT
PBB mesti tuntut AS, Israel bertanggungjawab atas perang terhadap Iran - Araghchi
Araghchi turut menyeru komuniti antarabangsa untuk mengambil kira punca utama ketidakstabilan yang melanda rantau itu dan Selat Hormuz, iaitu pencerobohan ketenteraan AS-Israel. - Gambar fail

Menteri Luar Iran Abbas Araghchi, menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk memenuhi kewajipannya untuk mengecam kempen ketenteraan tanpa provokasi oleh Amerika Syarikat (AS)-Israel terhadap Iran, lapor agensi berita Mehr (MNA).

Dalam perbualan telefon pada malam Isnin, Araghchi dan Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres, membincangkan situasi serantau terkini ekoran perang pencerobohan yang dikenakan oleh AS dan rejim Zionis ke atas Iran.

Sambil mengecam pencerobohan ketenteraan AS-Israel sebagai pelanggaran terang-terangan terhadap undang-undang antarabangsa dan Piagam PBB, Menteri Luar Iran itu menegaskan bahawa PBB dan Setiausaha Agungnya mempunyai kewajipan berkanun untuk mengutuk pencerobohan tersebut secara mutlak dan jelas, serta memastikan penceroboh bertanggungjawab selaras dengan Bab 7 Piagam PBB.

Araghchi turut menyeru komuniti antarabangsa untuk mengambil kira punca utama ketidakstabilan yang melanda rantau itu dan Selat Hormuz, iaitu pencerobohan ketenteraan AS-Israel.

Beliau menjelaskan bahawa situasi di sekitar Selat Hormuz tidak boleh ditangani tanpa mempertimbangkan keadaan umum di rantau tersebut, sambil menyatakan bahawa gangguan terhadap navigasi di selat itu berpunca daripada perang pencerobohan AS-Israel.

Semua negara dan institusi antarabangsa yang prihatin terhadap keamanan dan keselamatan mesti mengutuk jenayah AS dan Israel secara bertanggungjawab serta menuntut penghentian pencerobohan ketenteraan terhadap Iran, tegas Araghchi.

Beliau seterusnya mengutuk serangan kejam rejim Zionis terhadap Lubnan yang telah meragut ratusan nyawa, serta memberi amaran bahawa sikap tidak ambil peduli terhadap jenayah pelanggaran undang-undang oleh Israel di Palestin dan negara lain di rantau itu hanya akan meluaskan skop pencerobohan Israel dan memburukkan lagi ketidakstabilan di rantau itu serta dunia.

Guterres pula menyuarakan pandangannya mengenai keadaan di rantau Teluk Parsi, Asia Barat serta keselamatan maritim.

-- BERNAMA-MNA

Topic Berkaitan
#Perang Iran-Israel 2026
#Konflik Timur Tengah Terkini
#abbas araghchi
#PBB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan