awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PBT gagal tubuh unit integriti, KSN sendiri ketuai pasukan petugas khas persepsi rasuah

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
10/09/2024
10:10 MYT
PBT gagal tubuh unit integriti, KSN sendiri ketuai pasukan petugas khas persepsi rasuah
Shamsul Azri mengumumkan beliau sendiri akan mempengerusikan Pasukan Petugas Khas Indeks Persepsi Rasuah (CPI).
PUTRAJAYA: Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar mengumumkan beliau sendiri akan mempengerusikan Pasukan Petugas Khas Indeks Persepsi Rasuah (CPI).
Tegasnya, ia bagi memastikan kedudukan negara dalam CPI terus diperbaiki.
Menurutnya, pasukan itu akan memantau rapat dan membuat tindakan susulan bersesuaian melalui inisiatif di bawah Strategi Pembantu Rasuah Nasional (NACS).
“Saya juga mendapati bahawa majoriti PBT gagal melaksanakan arahan Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM) Ceraian 1.2.1 iaitu penubuhan Unit Integriti, struktur dan perjawatan, serta pelaporan dan latihan.
“Kegagalan ini adalah sesuatu yang mengecewakan dan tidak sepatutnya berlaku.
“Justeru, pematuhan kepada arahan ini akan memantau utama bagi Pasukan Petugas Khas CPI ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Aspirasi Kepimpinan Ketua Setiausaha Negara Tahun 2024 di Putrajaya pada Selasa.
Dalam pada itu, beliau juga turut mencadangkan reformasi dilakukan terhadap Badan Berkanun Persekutuan (BBP), Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), Syarikat Pelaburan Kerajaan (GIC) dan Syarikat Berhad Menurut Jaminan (CLBG).
“Dalam hubungan ini, Kerajaan telah menubuhkan Pejabat Penyelaras Rasionalisasi Badan Berkanun Persekutuan bagi melihat serta mencari penyelesaian untuk menangani isu berkaitan fungsi BBP,” ujarnya.
Topic Berkaitan
#Shamsul Azri Abu Bakar
#KSN
#pasukan petugas khas
#Indeks Persepsi Rasuah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan