awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas pekerja bengkel cat kereta kekal dipenjara 30 tahun bunuh warga emas
MCMC akan ambil tindakan terhadap Papagomo susulan dakwaan palsu sekat laporan
Projek MAWILLA 4 dalam proses pengambilalihan tanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PdPR: KPM teliti secara menyeluruh, ambil kira kepentingan semua - Wong

Bernama
Bernama
15/03/2026
14:21 MYT
PdPR: KPM teliti secara menyeluruh, ambil kira kepentingan semua - Wong
Wong (tiga, kanan) beramah mesra bersama orang ramai yang hadir ke program Majlis Berbuka Puasa Bersama Ahli Parlimen Taiping di Taman Tasik Taiping, pada Ahad. - Gambar Bernama
Kementerian Pendidikan (KPM) akan meneliti secara menyeluruh pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bagi memastikan keputusan yang bakal dibuat mengambil kira kepentingan warga pendidik, ibu bapa dan murid.
Timbalan Menterinya, Wong Kah Woh berkata, KPM akan memastikan sebarang keputusan yang dibuat itu tidak menjejaskan murid serta pelajar supaya sesi pembelajaran dapat berjalan lancar.
“Bagi pihak KPM, kita akan buat keputusan yang terbaik bagi warga pendidik, ibu bapa dan anak-anak.
“Bagaimanapun, semua pihak perlu menunggu keputusan dan pengumuman akhir daripada Kabinet (mengenai bekerja dari rumah-BDR) yang dijangka dibuat pada minggu hadapan sebelum sebarang ulasan lanjut dapat diberikan,” katanya kepada pemberita pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Ahli Parlimen Taiping di Taman Tasik Taiping, di sini, pada Ahad.
Pada masa sama, beliau yang juga Ahli Parlimen Taiping berkata, ketika ini KPM masih menunggu keputusan Kabinet berhubung inisiatif BDR yang sedang diteliti kerajaan.
Semalam, Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Mohd Azam Ahmad memaklumkan, KPM akan mengadakan perbincangan khusus minggu depan bagi memperhalusi mekanisme BDR termasuk PdPR dalam kalangan pelajar sekolah serta penjawat awam kementerian itu, sekiranya dasar berkenaan diputuskan untuk dilaksanakan kerajaan.
Pada Khamis lepas, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata, pelaksanaan pengaturan kerja fleksibel termasuk BDR dilihat antara langkah penting bagi memastikan kesinambungan operasi kerajaan dalam menghadapi dunia yang semakin tidak menentu akibat konflik geopolitik, bencana atau krisis kesihatan awam.
Ketegangan di Asia Barat meruncing sejak 28 Feb lepas susulan serangan Israel dan Amerika Syarikat (AS) ke atas Iran, diikuti serangan balas Tehran terhadap kepentingan AS di negara-negara Teluk.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PdPR
#KPM
#kesihatan awam
#Asia Barat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan