awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PDRM digesa siasat dakwaan akaun Twitter dakwa pegawai kanan terbabit rasuah - Musa

Bernama
Bernama
25/10/2021
08:45 MYT
PDRM digesa siasat dakwaan akaun Twitter dakwa pegawai kanan terbabit rasuah - Musa
Musa berkata sebelum mengambil tindakan lanjut, PDRM terlebih dahulu perlu mengesahkan sama ada dakwaan yang tular di media sosial itu benar atau sebaliknya. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) digesa menyiasat kenyataan dimuat naik oleh pengguna akaun Twitter dikenali sebagai '@edisi_siasatmy' yang mendakwa segelintir pegawai kanan PDRM yang dipercayai terlibat dengan kes penyelewengan, salah guna kuasa dan rasuah.
Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan yang membuat gesaan itu berkata sebelum mengambil tindakan lanjut, PDRM terlebih dahulu perlu mengesahkan sama ada dakwaan yang tular di media sosial itu benar atau sebaliknya.
Beliau berkata pegawai dikaitkan dengan dakwaan berkenaan boleh mengambil tindakan saman sivil sekiranya maklumat itu terbukti palsu.
"Daripada sudut perundangan, mereka boleh mengambil tindakan saman jika maklumat itu palsu namun kalau benar semua bukti perlu dikumpulkan untuk menentukan sama ada jenayah itu benar berlaku atau sebaliknya," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Keprihatinan Jenayah Komuniti Malaysia (MCCC), Alam Damai di sini, hari ini.
Musa yang juga presiden MCCC berkata mereka yang dikaitkan perlu diambil tindakan bagi mengelak imej PDRM tercalar.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu pendedahan mengenai perkara itu yang tular di media sosial.
"Dalam hal ini, kesemua sumber maklumat itu perlu disiasat benar atau palsu. Selain itu, pengguna Twitter itu juga ada memberi kenyataan kes yang sama turut melibatkan pengurusan tertinggi sebuah badan pencegah rasuah," katanya.
Baru-baru ini tular di media sosial mengenai pendedahan pemilik akaun Twitter berkenaan yang mendakwa segelintir pegawai kanan polis dipercayai terlibat masalah salah laku, di samping turut mendakwa pengurusan tertinggi sebuah badan pencegahan rasuah melindungi sindiket jenayah serta terlibat dengan rasuah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PDRM
#edisi siasat
#Musa Hassan
#Rasuah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan