awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes Zara Qairina: Mahkamah tangguh prosiding komital terhadap Shafie Apdal
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
ICE sahkan bertugas di lokasi Piala Dunia AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PDRM kesan kegiatan penipuan jual minyak precatoria untuk vaksin COVID-19

Bernama
Bernama
27/08/2021
11:36 MYT
PDRM kesan kegiatan penipuan jual minyak precatoria untuk vaksin COVID-19
Mohd Kamarudin berkata PDRM telah menerima lima aduan daripada mangsa melibatkan kerugian RM128,498. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan kegiatan penipuan dalam talian berkaitan penjualan bahan organik minyak precatoria yang didakwa bagi menghasilkan vaksin COVID-19.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata pihaknya telah menerima lima aduan daripada mangsa melibatkan kerugian RM128,498.
Beliau berkata berdasarkan siasatan modus operandi yang digunakan sindiket berkenaan adalah dengan menghantar e-mel kepada syarikat yang disasarkan dan menawarkan penjualan minyak precatoria.
"Mana-mana syarikat yang berminat kemudian diminta membuat pembayaran ke dalam akaun yang diberikan (akaun keldai) bagi tujuan membeli sampel minyak tersebut yang didakwa bagi menghasilkan vaksin COVID-19.
"Bagaimanapun, selepas melakukan pembayaran, mangsa tidak menerima sebarang sampel yang dijanjikan dan sindiket gagal dihubungi," katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam usaha menangani pandemik COVID-19 ketika ini, Mohd Kamarudin berkata PDRM tidak menolak kemungkinan terdapat sindiket penipuan yang cuba menangguk di air keruh dengan menjadikan isu-isu berkaitan COVID-19 sebagai modal meraih keuntungan.
"PDRM menasihatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati dan berwaspada. Pihak kerajaan sentiasa memberi keutamaan dalam sebarang inisiatif menangani COVID-19 sama ada dari segi pemberian vaksin mahupun kajian pembangunan vaksin.
"Sewajarnya mana-mana individu mahupun syarikat yang ingin terlibat merujuk kepada agensi kerajaan yang berkaitan sebelum membuat keputusan," katanya.
Mohd Kamarudin berkata PDRM juga menggesa orang ramai menyalurkan sebarang maklumat mengenai penipuan penjualan bahan-bahan organik dalam menghasilkan vaksin COVID-19 kepada polis agar tindakan segera dapat diambil.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PDRM
#minyak precatoria
#COVID-19
#penipuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan