awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas CEO, pengerusi syarikat ditahan, skandal saham babit kerugian dana awam RM300 juta
Perbicaraan guru dakwa Zara Qairina dimasukkan dalam mesin basuh disambung Jun
Anthropic tangguh pelancaran model AI ‘Claude Mythos’ susulan risiko keselamatan siber
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PDRM kesan video palsu guna imej Sultan Ibrahim tawar bantuan kewangan

Bernama
Bernama
21/07/2025
23:00 MYT
PDRM kesan video palsu guna imej Sultan Ibrahim tawar bantuan kewangan
Rusdi berkata video berkenaan memaparkan seolah-olah Sultan Ibrahim bertitah mengenai tawaran bantuan kewangan kepada rakyat.
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan satu video tular berdurasi 32 saat di media sosial yang menyebarkan maklumat palsu berkaitan tawaran bantuan kewangan, menggunakan imej Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Rusdi Mohd Isa berkata video yang dimuat naik di akaun TikTok @DATUKZULKARNAIN77 itu dipercayai dihasilkan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).
"Video berkenaan memaparkan seolah-olah Sultan Ibrahim bertitah mengenai tawaran bantuan kewangan kepada rakyat, dan menggesa mereka yang mengalami masalah kewangan supaya menghubungi individu dikenali sebagai Datuk Zulkarnain.
"PDRM menegaskan kandungan video tersebut adalah palsu dan dipercayai dihasilkan menggunakan teknologi AI," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Beliau berkata pihaknya menerima satu laporan berhubung video itu dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak terperdaya dengan kandungan video berkenaan serta tidak menghubungi individu terbabit kerana ia merupakan cubaan penipuan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PDRM
#imej Sultan Ibrahim
#imej Yang di-Pertuan Agong
#bantuan kewangan
#kecerdasan buatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan