awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PDRM, NGO bincang isu pemerdagangan orang

Bernama
Bernama
13/03/2018
14:16 MYT
PDRM, NGO bincang isu pemerdagangan orang
Noor Rashid (kanan) bersalaman dengan Pesuruhjaya SUHAKAM Jerald Joseph selepas sidang media Program Penglibatan Bersama PDRM dan NGO di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini, 13 Mac, 2018. --fotoBERNAMA
Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan mengadakan pertemuan setiap tiga ke empat bulan sekali bagi menangani isu pemerdagangan orang dan penyeludupan migran di negara ini.
Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata pertemuan pertama yang diadakan hari ini bersama 12 NGO, telah membincangkan isu berkaitan pemerdagangan orang selain mengetengahkan idea dan solusi.
"Antara NGO yang terlibat seperti Majlis Peguam Malaysia dan Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) hadir bagi memberi pandangan dan maklumat serta penambahbaikan yang boleh dipraktikkan oleh PDRM.
"Sesi pertemuan ini turut membincangkan siapa yang bertanggungjawab tentang isu ini, selain memberitahu pihak NGO kepada siapa yang patut mereka hubungi jika terdapat sebarang maklumat atau isu berkaitan," katanya pada sidang media selepas pertemuan dengan NGO di Bukit Aman, hari ini.
Katanya antara lain, pertemuan yang diadakan ini juga akan mengeratkan hubungan PDRM dengan NGO, selain perlu diadakan pada setiap peringkat negeri.
Noor Rashid berkata PDRM telah menyelesaikan 410 kes pemerdagangan orang dan penyeludupan migran tahun lepas serta kira-kira 60 kes bagi tahun ini setakat Februari lalu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#migran
#NGO
#Noor Rashid Ibrahim
#PDRM
#pemerdagangan orang
#penyeludupan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan