awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PDRM perluas penggunaan dron di kawasan PKPD

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
12/09/2021
15:37 MYT
PDRM perluas penggunaan dron di kawasan PKPD
Alat itu digunakan untuk memantau pergerakan individu termasuk di kawasan yang menjadi laluan tikus. - Foto Astro AWANI
ALOR SETAR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memperluaskan penggunaan dron terutama di kawasan yang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKPD) di seluruh negara dalam melakukan pemantauan harian.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, penggunaan dron juga dapat membantu mengelak pegawai dan anggota dari mudah dijangkiti COVID-19 di kawasan berkenaan.
Beliau berkata, alat itu digunakan untuk memantau pergerakan individu termasuk di kawasan yang menjadi laluan tikus supaya tidak berlaku sebarang pergerakan atau mereka yang cuba lari dari kawasan PKPD.
Malah, katanya kelebihan dron ini mampu merakam imej sekiranya ada yang berhimpun atau yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) di kawasan berkenaan kerana ia mempunyai kawalan suara yang akan mengarahkan orang ramai bersurai.
"Kalau anggota kita berada di situ dikhuatiri mereka dijangkiti jadi dengan menggunakan dron ini kita boleh menasihati mereka untuk balik tanpa perlu berada di situ.
"Dron ini boleh digunakan untuk beri arahan... jadi, ini memudahkan pemantauan," kata Mazlan.
Beliau berkata demikian ketika melakukan tinjauan di sekatan jalan raya (SJR) PKPD di Jalan Kuala Kedah, hari ini.
Turut hadit ialah Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat; Timbalannya, Datuk Mohd Roze Shaari dan Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir.
Mazlan berkata, setakat ini penggunaan dron bersaiz kecil mencukupi di seluruh negara berbanding dron pemantauan di sempadan negara yang bersaiz lebih besar dan berkuasa tinggi.
Katanya, setakat ini pihaknya dalam proses untuk menerima dron berkuasa tinggi bagi memudahkan pemantauan dilakukan di kawasan yang lebih luas seperti di pendalaman dan tepi pantai.
PKPD Kuala Kedah yang dilaksanakan sehingga 19 September ini membabitkan populasi 14,465 penduduk di kawasan itu dan mereka tidak dibenarkan keluar masuk tanpa sebarang tujuan.
PKPD ini membabitkan sembilan taman perumahan dan 15 kampung.
Dua SJR dibuka di Jalan Kuala Kedah dan Kubang Rotan serta menutup 11 laluan untuk mengelak ada yang cuba larikan diri.
Topic Berkaitan
#perintah kawalan pergerakan
#PKPD
#Ketua Polis Negara
#Sekatan Jalan Raya
#Polis Diraja Malaysia
#COVID-19
#PDRM
#SJR
#dron
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan