awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PDRM siasat dakwaan dua anggota Daish warga Malaysia ditahan di Kabul

Astro Awani
Astro Awani
28/08/2021
15:51 MYT
PDRM siasat dakwaan dua anggota Daish warga Malaysia ditahan di Kabul
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, buat masa ini pihak PDRM tidak mempunyai sebarang maklumat berhubung penglibatan rakyat Malaysia dengan aktiviti Daish di Afghanistan. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan susulan laporan dan dakwaan kononnya terdapat dua rakyat Malaysia ditahan pihak berkuasa Taliban di Afghanistan kerana terlibat sebagai anggota Daish.
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, buat masa ini pihak PDRM tidak mempunyai sebarang maklumat berhubung penglibatan rakyat Malaysia dengan aktiviti Daish di Afghanistan.
"Walau bagaimanapun, PDRM telah mengemukakan permohonan kepada agensi-agensi keselamatan luar negara bagi mengesahkan laporan serta dakwaan berkenaan," katanya dalam satu kenyataan media pada Sabtu.
Katanya, siasatan juga sedang dijalankan berhubung kemungkinan berita yang dilapor tersebut, melibatkan pejuang Daish warganegara Malaysia yang telah sedia ada berada di luar negara.
Portal berita yang berpangkalan di Britain, The Times melaporkan pihak berkuasa Taliban sedang menyoal siasat dua warga Malaysia yang berjuang bersama IS-K, sebuah sayap kumpulan militan Daish di Afghanistan.
Ia memetik ketua perisikan Taliban, Maulawi Saifullah Mohammed yang mengatakan kedua-dua mereka ditahan bersama empat lagi anggota IS-K sepanjang pertempuran berbalas tembakan pada malam Khamis.
“Empat dari mereka adalah warga Afghanistan namun dua lagi nampak seperti warga Malaysia,” kata Saifullah seperti dipetik The Times.
Topic Berkaitan
#Ketua Polis Negara
#Taliban
#PDRM
#daish
#Afghanistan
#Acryl Sani Abdullah Sani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan