awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pecah amanah: Bekas penolong setiausaha eksekutif majlis pengakap negeri diarah bela diri

Bernama
Bernama
24/03/2023
07:10 MYT
Pecah amanah: Bekas penolong setiausaha eksekutif majlis pengakap negeri diarah bela diri
Hakim Elesabet Paya Wan membuat keputusan itu selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Ahmad Daniel Osman, 33, bagi kesemua pertuduhan. - Gambar hiasan
MELAKA: Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini memerintahkan bekas Penolong Setiausaha Eksekutif Majlis Pengakap Negeri Melaka (MPNM) membela diri atas 30 pertuduhan melakukan pecah amanah membabitkan bayaran sewa bangunan berjumlah RM63,400, lapan tahun lepas.
Hakim Elesabet Paya Wan membuat keputusan itu selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Ahmad Daniel Osman, 33, bagi kesemua pertuduhan.
"Mahkamah mendapati anggapan undang-undang mengikut Seksyen 409B Kanun Keseksaan yang dihujahkan pendakwaan bahawa tertuduh mempunyai niat curang menyalahgunakan wang sewaan itu adalah terpakai bagi semua tuduhan.
"Atas alasan-alasan ini dan merujuk kepada Seksyen 173 Kanun Tatacara Jenayah, tertuduh dipanggil membela diri terhadap semua pertuduhan," katanya ketika memberi keputusan di akhir kes pendakwaan.
Mahkamah menetapkan 8, 9 dan 22 Jun depan untuk Ahmad Daniel membela diri.
Ahmad Daniel didakwa menyalahgunakan harta milik MPNM iaitu bayaran sewa tiga premisnya berjumlah RM63,400 yang tidak dimasukkan ke akaun pertubuhan, tetapi diguna untuk kegunaan sendiri.
Dia dituduh melakukan perbuatan tersebut sekitar negeri ini sejak 15 Oktober 2015 hingga 30 Januari 2018.
Pertuduhan mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang enam bulan dan maksimum lima tahun dengan sebat dan denda bagi setiap pertuduhan jika sabit kesalahan.
Sepanjang perbicaraan bermula 13 Sept 2022, pihak pendakwaan memanggil 21 saksi memberi keterangan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Irwan Shah Abdul Samat manakala tertuduh diwakili peguam P Purshotaman dan R. Senthil.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Majlis Pengakap Negeri Melaka
#mpnm
#pecah amanah
#kes mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan