awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
Australia beri amaran tegas kepada Roblox susulan aduan antun seksual kanak-kanak
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pegawai khas menteri dibebas tahanan reman

Bernama
Bernama
14/01/2014
13:03 MYT
Pegawai khas menteri dibebas tahanan reman
Gambar Fail
Dua individu termasuk seorang pegawai khas menteri yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung dakwaan permintaan dan pemberian wang suapan berkaitan pemberian tender, dilepaskan dari tahanan reman hari ini.
Kedua-dua lelaki yang berusia 44 dan 48 tahun itu dilepaskan kira-kira 11 pagi selepas tempoh reman selama dua hari yang dilanjutkan Ahad lalu tamat.
Khamis lalu, pegawai khas itu dan seorang lagi ahli perniagaan berpangkat Datuk ditahan reman empat hari, manakala seorang wanita berjawatan setiausaha, berusia 33 tahun, ditahan reman tiga hari untuk kes sama.
Mereka disiasat mengikut Seksyen 16(a)(B) dan Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
Wanita itu dibebaskan pada Sabtu lalu.
Topic Berkaitan
#Rasuah
#reman
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan