awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pegawai penguat kuasa direman bantu siasatan rasuah

Bernama
Bernama
06/02/2025
10:30 MYT
Pegawai penguat kuasa direman bantu siasatan rasuah
Suspek dipercayai meminta wang suapan itu sebagai balasan untuk tidak meneruskan pertuduhan di bawah Kanun Keseksaan yang dihadapi wanita terbabit.- Foto SPRM
KUALA TERENGGANU: Seorang pegawai penguat kuasa direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes meminta rasuah kira-kira RM5,000 daripada seorang wanita, awal bulan ini.
Perintah reman hingga Isnin ini terhadap lelaki berusia lingkungan 30-an itu dikeluarkan Majistret Iffah Nabihah Mohd Ishak selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu di Mahkamah Majistret di sini pagi tadi.
Menurut sumber, suspek dipercayai meminta wang suapan itu sebagai balasan untuk tidak meneruskan pertuduhan di bawah Kanun Keseksaan yang dihadapi wanita terbabit.
"Suspek ditahan kira-kira 3 petang semalam di pejabatnya di Dungun," menurut sumber berkenaan.
Sementara itu, Pengarah SPRM Terengganu Hazrul Shazreen Abd Yazid ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pegawai penguat kuasa direman
#SPRM
#Rasuah
#terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan