awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pegawai RELA disyaki jual peluru ditahan

Bernama
Bernama
21/12/2020
20:44 MYT
Pegawai RELA disyaki jual peluru ditahan
Shafien berkata siasatan juga mengesyaki pegawai itu membuat pemohonan permit membeli peluru menggunakan nama pemegang lesen senjata api RELA tanpa pengetahuan anggota pasukan tersebut. - Gambar fail
KOTA BHARU:Polis Kelantan menahan seorang pegawai Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) kerana disyaki terbabit dalam kes penyelewengan penjualan peluru dalam kalangan pegawai dan anggota pasukan itu.
Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat berkata tangkapan terhadap lelaki berusia 35 tahun itu dilakukan pada 6.20 petang Ahad di Jeli.
Beliau berkata kes itu dikesan susulan penahanan dua individu termasuk seorang anggota RELA pada 6 Dis lepas.
"Hasil siasatan mendapati dalam keterangannya mengatakan peluru yang dirampas oleh polis dalam kes sebelum ini telah dibeli melalui seorang pegawai RELA," menurutnya dalam kenyataan semalam.
Shafien berkata siasatan juga mengesyaki pegawai itu membuat pemohonan permit membeli peluru menggunakan nama pemegang lesen senjata api RELA tanpa pengetahuan anggota pasukan tersebut yang ditahan sebelum ini.
"Setakat ini, ujian saringan awal air kencing suspek didapati negatif dan kini ditahan reman bermula hari ini hingga 24 Dis," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 9 Akta Senjata 1960.
Sebelum ini, polis menahan dua lelaki termasuk seorang anggota RELA kerana meminjamkan senjata api kepada rakannya yang tidak mempunyai lesen berhampiran Jeli pada 6 Dis lepas.
Polis turut merampas selaras senjata api iaitu senapang patah jenis Harrington dan 68 butir peluru hidup serta 46 kelongsong peluru.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#RELA
#ujian saringan
#Malaysia
#siasatan
#suspek
#polis
#PDRM
#tangkap
#Shafien Mamat
#peluru
#rampas
#permit
#reman
#senjata
#senapang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan