awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peguam kuarantin kendiri, perbicaraan kes 1MDB Najib ditangguh ke 17 Ogos

Bernama
Bernama
07/07/2021
10:03 MYT
Peguam kuarantin kendiri, perbicaraan kes 1MDB Najib ditangguh ke 17 Ogos
Perbicaraan kes Najib Razak membabitkan dana 1MDB, yang dijadualkan bersambung hari ini, telah dilapangkan setelah peguamnya, Muhammad Shafee Abdullah menjalani kuarantin kendiri kerana menjadi kontak rapat pesakit COVID-19. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang dijadualkan bersambung hari ini, telah dilapangkan setelah peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menjalani kuarantin kendiri kerana menjadi kontak rapat pesakit COVID-19 minggu lepas.
Peguam Rahmat Hazlan, yang turut mewakili bekas Perdana Menteri itu, memaklumkan bahawa perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah ditangguh sehingga 17 Ogos depan.
"Betul, Tan Sri (Shafee) sedang kuarantin kendiri kerana beliau ada kontak rapat dengan pesakit COVID-19," katanya melalui aplikasi WhatsApp hari ini.
Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib, ketika dihubungi, turut mengesahkan penangguhan perbicaraan itu.
Kes itu ditetapkan untuk sambung bicara sejak 29 Jun lepas namun telah ditangguhkan. Kali terakhir perbicaraan kes 1MDB didengar ialah pada 27 Mei.
Seorang lagi peguam Najib, Wan Aizuddin Wan Mohammed dijangka meneruskan pemeriksaan balas terhadap saksi pendakwaan ke-10 iaitu Mohd Hazem Abdul Rahman, 49, yang merupakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, apabila perbicaraan bersambung.
Najib, 67, berdepan empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#1MDB
#1Malaysia Development Berhad
#kes 1MDB
#Najib Razak
#Muhammad Shafee Abdullah
#kuarantin kendiri
#kontak rapat
#COVID-19
#Hakim Collin Lawrence Sequerah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan