awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Terkini Piala Dunia: Malaysia diundi dalam kumpulan maut!
UMNO buka pintu terima semula ahli, perkukuh parti
Richard Scully tegur tentang kejahilan perkara kecil
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pejabat hak asasi PBB kecam ancaman Israel terhadap Lubnan

Bernama
Bernama
17/03/2026
13:08 MYT
Pejabat hak asasi PBB kecam ancaman Israel terhadap Lubnan
Kenyataan itu dikeluarkan di tengah-tengah keganasan yang semakin meruncing serta keadaan kemanusiaan yang semakin buruk di Lubnan. - Gambar fail
Pejabat hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa mengecam retorik Israel yang membayangkan Lubnan bakal menerima nasib kemusnahan yang sama seperti Gaza sebagai "sama sekali tidak boleh diterima," lapor Anadolu Ajansi (AA).
"Kenyataan oleh pegawai Israel yang mengancam untuk mengenakan tahap kemusnahan yang sama ke atas Lubnan seperti yang berlaku di Gaza adalah sangat tidak wajar," kata jurucakapnya, Thameen Al-Kheetan kepada pemberita di Geneva.
Beliau berkata retorik sedemikian, ditambah dengan pengumuman tentera Israel untuk mengerahkan pasukan tambahan serta meluaskan pencerobohan darat, hanya meningkatkan ketakutan dan kebimbangan yang mendalam dalam kalangan penduduk Lubnan.
Kenyataan itu dikeluarkan di tengah-tengah keganasan yang semakin meruncing serta keadaan kemanusiaan yang semakin buruk di Lubnan, menyaksikan ramai orang awam hilang tempat tinggal dan bergelut untuk mendapatkan keperluan asas.
Al-Kheetan berkata sebilangan besar pelarian telah kehilangan tempat tinggal, dengan keluarga-keluarga terpaksa bersesak di pusat perlindungan sementara dalam keadaan daif, malah sering kali kekurangan akses kepada makanan, air, dan penjagaan kesihatan yang mencukupi.
Beliau menegaskan bahawa undang-undang kemanusiaan antarabangsa melarang pemindahan paksa dan melindungi orang awam, terutamanya kumpulan rentan.
Menurut jurucakap itu, sekurang-kurangnya 886 orang telah terkorban, termasuk sekurang-kurangnya 111 kanak-kanak, sejak 2 Mac lepas.
Ketua Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia PBB, Volker Turk, menggesa agar "permusuhan dihentikan serta-merta dan akauntabiliti terhadap semua pencabulan dilakukan," selain meminta komuniti antarabangsa menyokong tindak balas kemanusiaan di Lubnan.
-- BERNAMA-ANADOLU
Topic Berkaitan
#Gaza
#Israel
#lubnan
#OHCHR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan