awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekerja asing baru tiba perlu kuarantin tujuh hari, majikan tanggung kos - Hamzah

Astro Awani
Astro Awani
26/10/2021
07:48 MYT
Pekerja asing baru tiba perlu kuarantin tujuh hari, majikan tanggung kos - Hamzah
Hamzah ketika sesi sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Antara Menteri Dalam Negeri dan Menteri Sumber Manusia Mengenai Pengurusan Pekerja Asing Kali Keenam Bilangan Dua Tahun 2021 hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Semua pekerja asing baharu yang tiba di Malaysia mesti menjalani tempoh pengasingan tujuh hari di pusat kuarantin terpilih, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Hamzah juga berkata kos kuarantin mandatori pekerja asing baharu perlu ditanggung oleh majikan yang membawa masuk.
“Jawatankuasa khas pengurusan wabak yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri baru-baru ini membenarkan pekerja asing memasuki negara ini, bermula dengan sektor perladangan.
"Pekerja asing hanya boleh masuk ke negara ini melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan KLIA2. Mereka juga akan dibenarkan masuk ke Sabah dan Sarawak melalui pintu masuk yang akan diputuskan kemudian," katanya.
Mengenai tempoh kuarantin, Hamzah berkata perkara tersebut ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
"Majikan bertanggungjawab untuk menanggung kos penginapan kuarantin, selain kos lain untuk membawa pekerja masuk ke negara ini," kata Hamzah, pada sidang media selepas mesyuarat bersama dengan Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan di sini hari ini.
Sebelum itu kedua-dua mereka menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Antara Menteri Dalam Negeri dan Menteri Sumber Manusia Mengenai Pengurusan Pekerja Asing Kali Keenam Bilangan Dua Tahun 2021.
Saravanan sebelum ini berkata 32,000 pekerja asing dalam sektor perladangan akan dibawa masuk ke negara ini secara berperingkat mulai awal November.
Penerimaan pekerja asing telah dihentikan berikutan larangan kemasukan yang dikuatkuasakan sepanjang pandemik COVID-19.
Topic Berkaitan
#pekerja asing
#kuarantin
#COVID-19
#Hamzah Zainudin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan