awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekerja kebun sayur didakwa bunuh kembar sendiri

Bernama
Bernama
24/03/2022
08:18 MYT
Pekerja kebun sayur didakwa bunuh kembar sendiri
B.Velukumar dihadapkan di Mahkamah Majistret Telok Datok atas pertuduhan membunuh pasangan kembarnya di Kampung Bukit Cheeding, Banting, 11 Mac lalu. - Foto BERNAMA
BANTING: Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh pasangan kembarnya, di Kampung Bukit Cheeding, dekat sini, 11 Mac lepas.
Pekerja kebun sayur, B.Velukumar, 37, hanya mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Tamil di hadapan Majistret Khairul Farhi Yusob.
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Velukumar didakwa membunuh B. Velakumar di tepi Jalan Sri Cheeding, Kampung Bukit Cheeding, Banting, Kuala Langat antara 4 hingga 5 petang, 11 Mac lepas.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 26 Mei depan untuk serahan laporan bedah siasat dan asid deoksiribonukleik (DNA).
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Amir Saifullah Mohammad Sallehuddin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Pada 12 Mac lepas, media melaporkan bahawa polis menahan seorang lelaki yang disyaki menikam mati pasangan kembarnya di rumah sewa mereka di Kampung Seri Cheeding, dekat sini.
Lelaki itu ditahan selepas dia dibawa majikan si mati ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat pada 10.45 malam hari yang sama.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bunuh kembar
#pekebun sayur
#Banting
#kes bunuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan