awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekerja kedai pakaian ditahan curi wang jualan guna kod QR

Bernama
Bernama
18/10/2025
13:50 MYT
Pekerja kedai pakaian ditahan curi wang jualan guna kod QR
Wanita tempatan berumur 30 tahun itu ditahan Khamis lepas dan dipercayai telah melakukan kegiatan berkenaan sejak sebulan lepas. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang pekerja kedai pakaian ditahan kerana disyaki mencuri wang hasil jualan perniagaan majikannya dengan meminta pelanggan membuat bayaran menggunakan kod QR akaun bank peribadinya.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail berkata wanita tempatan berumur 30 tahun itu ditahan Khamis lepas dan dipercayai telah melakukan kegiatan berkenaan sejak sebulan lepas.
Beliau berkata suspek yang ditahan di Taman Cemerlang, Gombak, kira-kira 3.55 petang itu dipercayai telah mencuri sebanyak RM2,140.
"Kegiatan itu terbongkar selepas pemilik perniagaan iaitu seorang wanita berusia 46 tahun, menyedari penyelewengan tersebut ketika membuat semakan penyata perniagaannya lalu membuat laporan polis pada 6 Okt lepas.
"Pihak polis turut merampas sebuah telefon bimbit serta sekeping kad bank bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Mohd Azam berkata suspek mempunyai satu rekod jenayah dan kini direman empat hari bermula semalam untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#curi wang
#kod QR
#pekerja ditahan
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan