awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekerja kilang dibebaskan dari tuduhan rogol

Nazialita Geynna Maharan
Nazialita Geynna Maharan
16/01/2017
05:11 MYT
Pekerja kilang dibebaskan dari tuduhan rogol
Peguambela, Ahmad Shamil Azad Abdul Hamid berkata, mahkamah tidak menyatakan sebab khusus kepada pembebasan Muhammad Azwan. - Gambar hiasan
Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar hari ini melepas dan membebaskan seorang pekerja kilang dari tuduhan merogol gadis bawah umur.
Hakim, Niran Tan Kram memutuskan Muhammad Azwan Abd Rahim, 22, tidak bersalah selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.
Tertuduh yang berada di kandang saksi kelihatan lega selepas hakim memutuskan untuk membebaskannya dari tuduhan itu.
Mengikut fakta kes, Muhammad Azwan dituduh merogol seorang gadis berusia 16 tahun pada 2 September 2015 kira-kira jam 3.00 petang.
Kejadian tersebut berlaku dalam sebuah kereta jenis Proton Wira yang diletakkan di kawasan berhampiran sebuah sekolah di Sungai Siput.
Kes itu disiasat di bawah Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan dan jika disabitkan bersalah boleh dihukum penjara selama tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 30 tahun dan sebatan.
Peguambela, Ahmad Shamil Azad Abdul Hamid berkata, mahkamah tidak menyatakan sebab khusus kepada pembebasan Muhammad Azwan.
Katanya,mahkamah tidak menyatakan sebab khusus namun memaklumkan pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.
Kes tersebut dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nazratul Natrah Mohd Yusof.
Topic Berkaitan
#Bebas
#mahkamah
#rogol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan