awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Raja Permaisuri Agong berangkat saksikan JMR di Asian Le Mans 2026
MHS sedia kerjasama dengan kerajaan urus rumah ibadat Hindu secara sah
PETRONAS peroleh PSC bagi kluster permata di luar pantai Sabah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekerja kilang maut digilis treler

Sinar Harian
Sinar Harian
09/07/2022
02:00 MYT
Pekerja kilang maut digilis treler
Siasatan dijalankan mendapati motosikal yang ditunggang mangsa dipercayai bergesel dengan tayar kanan sebuah treler. - Gambar hiasan
KUALA LANGAT: Seorang pekerja kilang maut digilis sebuah treler dalam kemalangan di Kilometer 26.5 Jalan Klang- Banting- Port Dickson di sini pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @ Saleh berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 7.30 malam itu ketika mangsa berumur lingkungan 30-an itu menunggang motosikal jenis Yamaha dari arah Banting menghala ke Klang.
"Siasatan dijalankan mendapati motosikal yang ditunggang mangsa dipercayai bergesel dengan tayar kanan sebuah treler.
"Mangsa kemudiannya jatuh lalu termasuk ke bawah treler mengakibatkan mangsa digilis tayar bahagian belakang treler tersebut," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Katanya, pemandu treler yang menyedari kejadian kemudian memberhentikan treler yang dipandunya di kiri jalan.
"Mangsa yang mengalami kecederaan parah disahkan maut di tempat kejadian.
"Kes disiasat dibawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian kemalangan ini bolehlah menghubungi mana-mana balai polis yang berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat Kes Inspektor Fatin Husna Khairuzzaman (Pegawai Penyiasat Trafik, Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat) di talian 017-3012621 atau 03-31872222. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kemalangan
#motosikal
#digilis
#treler
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan