awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
15 kapal lalui Selat Hormuz dengan kebenaran Iran dalam tempoh 24 jam
Bangladesh lancar kempen vaksinasi demam campak kecemasan di tengah peningkatan kematian
Delegasi Hamas bincang situasi Gaza, Baitulmaqdis dengan Presiden Turkiye Erdogan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekerja kuari maut dihempap batu di Manjung

Bernama
Bernama
14/11/2024
14:57 MYT
Pekerja kuari maut dihempap batu di Manjung
Pejabat Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Perak dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan lelaki warga tempatan berusia 35 tahun itu meninggal dunia di lokasi kejadian dalam insiden pada 4.45 petang. - Foto Sinar Harian
IPOH: Seorang pekerja kuari maut dihempap batu di sebuah kuari di Manjung dekat Lumut semalam.
Pejabat Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Perak dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan lelaki warga tempatan berusia 35 tahun itu meninggal dunia di lokasi kejadian dalam insiden pada 4.45 petang.
"Hasil siasatan awal mendapati mangsa bekerja sebagai operator mesin korek jenis crawler. Semasa kejadian, mangsa sedang mengendalikan mesin korek manakala rakan sekerja mangsa mengendalikan jengkaut.
"Mangsa telah dihempap batu kuari yang jatuh dari cerun bersebelahan tempat mangsa bekerja," kata kenyataan itu.
Kenyataan itu menambah, notis pemberhentian serta-merta ke atas kerja-kerja di kawasan kejadian dikuari berkenaan telah dikeluarkan sehingga siasatan selesai dijalankan.
JKKP Perak akan mengambil tindakan perundangan ke atas pihak yang bertanggungjawab sekiranya terdapat pelanggaran di bawah peruntukan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pekerja kuari
#manjung
#dihempap batu
#JKKP Perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan