awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu SPHM: Tiada keperluan tarik lesen perniagaan dua syarikat di Melaka
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran laluan perkapalan terancam jika serangan dipertingkat
PSV Eindhoven tawan Liga Belanda buat kali ketiga berturut-turut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekerja ladang maut digilis traktor

Bernama
Bernama
22/08/2023
04:15 MYT
Pekerja ladang maut digilis traktor
Mangsa yang dikenali sebagai Syaiful berusia 34 tahun maut di tempat kejadian akibat digilis tayar hadapan traktor terbabit. - Gambar/ PDRM
GUA MUSANG: Seorang lelaki warga Indonesia maut digilis traktor ketika sedang memunggah buah kelapa sawit di Ladang Serasa, Sungai Bayu, di sini, dalam kejadian pukul 12.10 tengah hari semalam.
Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata mangsa yang dikenali sebagai Syaiful berusia 34 tahun maut di tempat kejadian akibat digilis tayar hadapan traktor terbabit.
"Siasatan mendapati sewaktu kejadian mangsa yang merupakan pekerja ladang sedang melakukan kerja memunggah buah kelapa sawit di kawasan berbukit ke dalam traktor berkenaan.
"Namun secara tiba-tiba traktor itu telah mengundur dengan sendiri. Mangsa cuba memanjat traktor untuk mengawal kenderaan, tetapi telah terjatuh dan digilis tayar hadapan traktor," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Gua Musang untuk proses selanjutnya dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pekerja ladang
#ladang kelapa sawit
#kemalangan
#digilis traktor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan