awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu langgar lari anggota polis trafik ditahan
AS mula sekat kapal keluar masuk pelabuhan Iran
Trafik melalui Selat Hormuz hampir terhenti susulan ancaman sekatan AS - Data
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekerja maut di tapak pembinaan: JKKP P.Pinang keluar notis larangan, surat arahan

Bernama
Bernama
30/03/2026
12:28 MYT
Pekerja maut di tapak pembinaan: JKKP P.Pinang keluar notis larangan, surat arahan
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Pulau Pinang mengeluarkan Notis Larangan dan Surat Arahan kepada pihak terlibat susulan kemalangan di tapak pembinaan di Taman Perindustrian Bukit Minyak, baru-baru ini yang meragut nyawa seorang pekerja
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Pulau Pinang mengeluarkan Notis Larangan dan Surat Arahan kepada pihak terlibat susulan kemalangan di tapak pembinaan di Taman Perindustrian Bukit Minyak, di sini, baru-baru ini yang meragut nyawa seorang pekerja asing.
Pengarah JKKP negeri, Hairozie Asri berkata, tindakan itu diambil pada Isnin selepas siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila beban papan lapis yang diangkat menggunakan kren bergerak telah terlepas daripada ikatan sebelum jatuh menghempap mangsa.
Beliau berkata, ia menyebabkan pekerja asing tersebut terjatuh dari ketinggian kira-kira enam meter dan meninggal dunia di Hospital Seberang Jaya 24 Mac lepas akibat komplikasi kecederaan parah.
“Kemalangan berlaku di tapak pembinaan itu pada 19 Mac lepas dan mangsa yang bekerja dengan subkontraktor di tapak pembinaan tersebut terlibat dalam kerja pemasangan bumbung di aras roof slab ketika kejadian berlaku sekitar 10.40 pagi.
“Insiden itu jelas menunjukkan kegagalan serius dalam pengurusan keselamatan di tempat kerja," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Hairozie berkata, pihak terlibat juga diarahkan untuk menghentikan kerja serta-merta sehingga semua keperluan keselamatan dipatuhi sepenuhnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JKKP Pulau Pinang
#notis larangan
#kemalangan maut
#pekerja asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan