awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekerja pam minyak pengsan, bukan kena tembak - Polis

Bernama
Bernama
22/09/2024
14:58 MYT
Pekerja pam minyak pengsan, bukan kena tembak - Polis
Polis memberitahu, kepala mangsa terhentak ke lantai dan mengalami kecederaan sehingga berdarah dan mangsa dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.
IPOH: Penularan gambar memaparkan seorang pekerja pam minyak di Taiping terbaring dalam keadaan berlumuran darah adalah disebabkan masalah kesihatan, bukannya ditembak seperti dakwaan yang tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Taiping ACP Mohamad Nasir Ismail berkata pihaknya mengesan penularan gambar itu berserta komen "tukang pump minyak pun kena tembak mati lepas kena ragut" pada Jumaat lepas.
Beliau berkata pihak polis telah menjalankan siasatan dan mendapati pekerja wanita di stesen minyak Batu 2 1/2 , Simpang itu pengsan dan jatuh akibat masalah kesihatan.
"Kepala mangsa terhentak ke lantai dan mengalami kecederaan sehingga berdarah dan mangsa dibawa ke hospital untuk menerima rawatan," katanya dalam kenyataan malam ini.
Justeru itu, Mohamad Nasir meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mendatangkan kegusaran awam dan menggugat keharmonian masyarakat.
Beliau juga berkata sebarang penyebaran maklumat yang tidak benar dan palsu adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pekerja pam minyak
#bukan kes tembak
#pengsan
#polis
#rawatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan