awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket seks dan scan dalam talian melalui Op Bugil
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekerja pasar raya maut dilanggar treler

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
26/04/2022
00:00 MYT
Pekerja pasar raya maut dilanggar treler
Keadaan motosikal mangsa yang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah treler. - Astro AWANI
KEMAMAN: Seorang pekerja pasar raya maut selepas motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam nahas jalan raya dengan sebuah lori treler di Kilometer 137 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, di Kijal, Kemaman.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Supt Hanyan Ramlan berkata dalam kejadian kira-kira jam 9.40 pagi Isnin, mangsa Nur Qasrina Abdul Kassim, 27, dari Kampung Baru Bukit Teruna, maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
Menurut Hanyan, mangsa dikatakan dari arah Kemasik, menghala ke bandar Chukai dan lori treler itu yang dipandu lelaki berusia 34 tahun juga di laluan sama.
Ketika kejadian motosikal yang ditunggang Nur Qasrina dipercayai hilang kawalan selepas tergelincir di bahu jalan sebelum terjatuh dan dilanggar treler berkenaan.
Mayat mangsa dibawa ke unit forensik Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Topic Berkaitan
#treler
#Nahas
#motosikal
#pekerja pasar raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan