awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
India lokasi prestasi cemerlang dalam portfolio pelaburan Khazanah
MPC perkukuh kerjasama kerajaan, industri tangani isu pasaran buruh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekerja pendawaian tercampak dari bot ditemukan lemas

Bernama
Bernama
29/03/2025
01:00 MYT
Pekerja pendawaian tercampak dari bot ditemukan lemas
Mangsa dipercayai tercampak selepas bot dinaikinya melanggar sebatang kayu hanyut ketika melalui kawasan Bungan Kecil, Batang Igan. - Gambar hiasan
SIBU: Seorang pekerja syarikat pendawaian yang tercampak dari bot dalam insiden di Sungai Batang Igan berdekatan Bungan Kecil di Mukah, kira-kira 160 kilometer (km) dari sini pada Rabu lepas ditemukan lemas malam tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata mayat Saffuan Zaffarin, 30, ditemukan oleh penduduk kampung yang turut serta dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) sekitar 7.36 malam.
"Mayat dijumpai kira-kira satu kilometer dari lokasi dia dilaporkan terjatuh sebelum mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan.
Operasi SAR yang memasuki hari ketiga sebelum penemuan mayat itu, melibatkan pencarian di kawasan radius lima hingga 10 km dari lokasi kejadian pada sebelah pagi manakala pencarian di permukaan sungai diteruskan sebelah petang.
Dalam kejadian kira-kira 2 petang Rabu itu, mangsa dipercayai tercampak selepas bot dinaikinya melanggar sebatang kayu hanyut ketika melalui kawasan Bungan Kecil, Batang Igan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pekerja pendawaian
#tercampak dari bot
#lemas
#SAR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan