awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekerja p-hailing bakar kereta polis bantuan ditahan

Sinar Harian
Sinar Harian
15/02/2024
09:23 MYT
Pekerja p-hailing bakar kereta polis bantuan ditahan
Anggota polis berada di lokasi kejadian bagi menyiasat kes bakar kereta polis bantuan di MRT Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor pada Khamis. -Foto PDRM
PETALING JAYA: Seorang lelaki yang juga pekerja p-hailing ditahan polis kerana membakar kereta polis bantuan di Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Mutiara Damansara dekat sini pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian terbabit pada jam 1.52 pagi tadi.
Menurutnya, susulan laporan itu, polis menahan lelaki berusia 26 tahun yang dipercayai terbabit dalam kes berkenaan di rumahnya di Flora Damansara kira-kira jam 12 tengah hari.
"Suspek disyaki menggunakan bahan bakar yang dibaling ke arah kenderaan terbabit sebelum terbakar.
"Selain itu, suspek juga dipercayai melakukan vandalisme menconteng dinding hentian bas dengan perkataan tidak elok," katanya pada Khamis
Mohd Fakhrudin berkata, polis turut merampas beberapa barangan dipercayai digunakan suspek dalam kes berkenaan.
"Polis masih menyiasat motif suspek bertindak sedemikian dan kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat," ujarnya.
Sebelum itu, polis mengesan seorang lelaki memuat naik video mendakwa bertindak membakar sebuah kenderaan polis bantuan di laman sosial TikTok.
Lelaki terbabit memuat naik rakaman video berdurasi lima saat yang memaparkan dia bersama kenderaan sedang terbakar. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#molotov cocktail
#bakar kereta polis bantuan
#MRT Mutiara Damansara
#flora damansara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan