awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Langgar mati lari: Penjawat awam 49 tahun serah diri
Raja Permaisuri Agong berangkat saksikan JMR di Asian Le Mans 2026
MHS sedia kerjasama dengan kerajaan urus rumah ibadat Hindu secara sah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekerja swasta rugi hampir setengah juta ditipu Macau Scam

Bernama
Bernama
05/05/2025
15:45 MYT
Pekerja swasta rugi hampir setengah juta ditipu Macau Scam
Seorang pekerja wanita sebuah syarikat swasta kerugian RM489,550 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan panggilan telefon atau Macau Scam. - Foto hiasan
NIBONG TEBAL: Seorang pekerja wanita sebuah syarikat swasta kerugian RM489,550 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan panggilan telefon atau Macau Scam di sini baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Supt Jay January Siowou berkata wanita berusia 39 tahun itu menerima panggilan telefon daripada seorang individu yang mengaku sebagai pegawai polis pada 17 Feb lepas, sebelum mendakwa mangsa terlibat dalam satu kes jenayah.
"Individu itu mendakwa mangsa perlu membuat bayaran untuk menyelesaikan siasatan yang kononnya sedang dijalankan ke atasnya malah suspek turut mengugut supaya tidak memaklumkan perkara itu kepada sesiapa.
"Wanita itu melakukan 47 transaksi pemindahan wang secara dalam talian ke 13 akaun bank berbeza berjumlah RM256,550 dan membuat 12 transaksi deposit wang tunai RM233,000 melalui mesin deposit tunai (CDM) ke dalam empat akaun bank berbeza dengan kesemuanya berjumlah RM489,550," katanya dalam kenyataan malam ini.
Beliau berkata mangsa hanya menyedari dirinya ditipu selepas memaklumkan kejadian itu kepada adik lelakinya dan membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Bakap, semalam.
Kes itu disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Macau Scam
#sindiket penipuan panggilan telefon
#wanita
#Polis Daerah Seberang Perai Selatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan