awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar cedera parah langgar gajah

Sinar Harian
Sinar Harian
05/08/2022
05:00 MYT
Pelajar cedera parah langgar gajah
Mangsa parah selepas melanggar seekor gajah di Jalan Kota Tinggi-Kluang berhampiran Taman Seri Impian, Kluang pada malam Khamis. -Foto Sinar Harian
KLUANG: Seorang pelajar cedera parah selepas motosikal yang ditunggangnya melanggar seekor gajah di Jalan Kota Tinggi - Kluang berhampiran Taman Seri Impian di sini pada malam Khamis.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mangsa, Muhammad Danish Saedin, 17, menunggang motosikal bersendirian di kawasan berkenaan.
Ibu mangsa, Mislawati Paiman, 46, berkata, difahamkan kemalangan tersebut berlaku semasa anaknya dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Taman Sri Lambak di sini.
"Sebelum kejadian anak saya dikatakan mengisi minyak motosikal di Taman Seri Impian lalu bertolak pulang ke rumah sebelum melanggar gajah berkenaan semasa dalam perjalanan.
“Saya mendapat tahu berita kemalangan berkenaan daripada rakan-rakan anak yang bergegas mencari saya di rumah.
“Memang terkejut dan kami sekeluarga bergegas ke Unit Kecemasan Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom selepas itu.
“Difahamkan saksi kejadian mengatakan anak saya ditemui masih sedar selepas pelanggaran itu,” katanya ketika dihubungi pada Jumaat.
Menurutnya, Muhammad Danish kini menerima rawatan lanjut di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru.
"Doktor memaklumkan terdapat pendarahan dalam kepalanya dan ketika ini dia sedang ditidurkan serta dilaporkan stabil," katanya.
Dalam pada itu, Mislawati berharap pihak berkuasa memandang serius isu kehadiran gajah di kawasan berdekatan perumahan penduduk di daerah ini akhir-akhir ini.
“Saya mohon pihak berkuasa supaya memasang lampu jalan di kawasan berkenaan kerana gelap pada waktu malam.
"Saya berharap kejadian seperti ini tidak berulang lagi,” katanya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#langgar gajah
#Jalan Kota Tinggi - Kluang
#Taman Seri Impian
#Muhammad Danish Saedin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan