awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganggur didakwa bunuh teman wanita
Penangguhan hukuman satu petanda positif, peluang Malaysia kini 50-50 - AFC
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar cemerlang 10A SPM 2024 mohon Program Matrikulasi akan dapat tempat - KPM

Bernama
Bernama
25/06/2025
14:25 MYT
Pelajar cemerlang 10A SPM 2024 mohon Program Matrikulasi akan dapat tempat - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam kenyataan memaklumkan perkara itu dipersetujui dalam Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.
KUALA LUMPUR: Semua pelajar cemerlang yang memperoleh keputusan 10A dan ke atas dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lepas dan memohon untuk Program Matrikulasi akan mendapat tempat tanpa mengira kaum atau latar belakang.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam kenyataan memaklumkan perkara itu dipersetujui dalam Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.
"Ini termasuk pelajar yang mendapat 10A dan terdapat keputusan mata pelajaran A-. Dasar ini sama seperti yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun lalu.
"Ketetapan ini dibuat bagi memastikan semua pelajar cemerlang 10A SPM 2024 mendapat peluang untuk melanjutkan pengajian," menurut kenyataan itu.
KPM turut memaklumkan pada masa yang sama sistem kuota bumiputera sedia ada bagi Program Matrikulasi kekal dan tidak terjejas.
"Kerajaan MADANI akan terus memastikan akses pendidikan dapat dipertingkatkan demi manfaat semua pelajar yang merupakan aset masa hadapan negara," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KPM
#pelajar cemerlang 10A
#SPM 2024
#program matrikulasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan