awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar ditahan berkhalwat di hotel bajet

Sinar Harian
Sinar Harian
01/01/2023
20:00 MYT
Pelajar ditahan berkhalwat di hotel bajet
Pasangan remaja yang ditahan JAHEAIK dalam Operasi Ambang 2023 awal pagi Ahad. -Foto Sinar Harian
KOTA BHARU: Seorang pelajar Tingkatan Empat ditahan selepas disyaki berkhalwat bersama remaja perempuan berusia 18 tahun di sebuah hotel bajet di sini awal pagi Ahad.
Ketika kejadian pada jam 4 pagi, pelajar lelaki berkenaan didapati duduk berdua-duaan dalam keadaan mencurigakan di sebuah bilik di hotel itu.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah (BPUS), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK), Mohd Fadzuli Mohd Zain berkata, pasangan itu ditahan dalam Operasi Ambang 2023.
"Ketika ditahan, mereka memberi alasan keluar untuk menyambut tahun baharu 2023.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 50 Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 kerana kesalahan khalwat yang menimbulkan syak dan bertentangan dengan hukum syarak.
"Jika sabit kesalahan pasangan itu boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya," katanya.
Mohd Fadzuli berkata, dalam operasi bermula jam 4 petang dan berakhir 4.30 pagi itu, seramai 11 wanita diberi notis kehadiran khidmat nasihat kerana berkelakuan tidak sopan manakala satu kes diberi amaran keras.
"JAHEAIK memfokuskan kepada pemantauan dan menyedarkan masyarakat berkaitan kesalahan syariah.
"Pihak JAHEAIK juga mengedarkan risalah berkaitan kesalahan syariah kepada orang awam di lokasi tumpuan," katanya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pelajar tingkatan empat
#khalwat
#JAHEAIK
#Mohd Fadzuli Mohd Zain
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan