awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar hadiah 6A buat arwah ayah

Astro Awani
Astro Awani
29/11/2018
11:12 MYT
Pelajar hadiah 6A buat arwah ayah
Kecekalan ibu membesarkan anak tanpa sang suami. - Foto Astro AWANI
Ketika rakan-rakan cemerlang lain berkongsi kejayaan Ujian Pentaksiran Sekolah Rendah (UPSR) bersama bapa masing-masing, Mohd Danish Amani Anuar hanya mampu berkongsi kejayaan bersama ibunya sahaja.
Kesukaran hidup tanpa kasih sayang seorang ayah sejak 5 tahun lalu, tidak melumpuhkan usaha adik, Mudassir Mirza Mirza Shahid Mahmood dengan memperoleh keputusan cemerlang 6A.
Menurut Mudassir, keputusan cemerlang ini adalah hadiah kepada arwah bapa dan juga ibunya yang bekerja sebagai tukang jahit yang telah banyak bekorban selama ini.
Jelasnya, selain menelaah mata pelajaran selama dua jam setiap malam, dia turut melakukan solat hajat dan bacaan Yassin bagi menambahkan keberkatan ilmu yang dipelajari.
Dia yang juga seorang ketua pengawas di Sekolah Kebangsaan Haji Mohamad Shariff di sini menegaskan waktu belajar dan bermain harus seiring bagi mengimbangi masa yang ada.
"Selalu kena belajar dan jangan tinggal ilmu itu dan saya juga ingin berterima kasih kepada ibu saya yang memberi dorongan dan cikgu-cikgu saya yang sentiasa memberi sokongan," kata Mudassir ketika ditemui Astro AWANI, di sini hari ini.
Beliau yang mempunyai pasangan kembar akan meneruskan pengajian di Kolej Sultan Abdul Hamid untuk mengejar cita-cita menjadi saintis.
Sementara itu bagi ibunya, Sonarani Nasar, 44 tahun, mengakui memang sukar untuk membesarkan 4 orang anak secara bersendirian sejak ketiadaan suaminya yang meninggal akibat kanser prostat.
Namun demi kelangsungan hidup, masa depan serta mengejar impian anak-anaknya, beliau mengambil upah menjahit baju dengan pendapatan bulanan RM500.
Ditanya mengenai Mudassir, Sonarani menjelaskan anaknya itu seorang yang patuh akan segala arahan yang diberikan dan mempunyai disiplin yang tinggi terutama bagi keperluan akademik seperti pembahagian masa belajar seharian.
"Saya rasa macam susahlah kerana dia tiada bapa jadi saya bela seorang diri saya rasa saya sorang rasa susah lah tapi inshaa allah alhamdulillah saya dah berjaya," tambahnya.
Topic Berkaitan
#kanser prostat
#meninggal dunia
#Mudassir Mirza Mirza Shahid Mahmood
#sekolah
#Sonarani Nassar
#UPSR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan