awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar hadir ke sekolah tanpa vaksin COVID-19 berpotensi undang risiko - Pakar Kesihatan

Hilmi Malik
Hilmi Malik
02/11/2021
06:32 MYT
Pelajar hadir ke sekolah tanpa vaksin COVID-19 berpotensi undang risiko - Pakar Kesihatan
Mohd Dzulkhairi berkata risiko terhadap pelajar yang masih belum memperolehi vaksin jauh lebih tinggi sekiranya dijangkiti COVID-19. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR : Pelajar yang tidak mendapat kebenaran ibu bapa untuk mendapatkan vaksin COVID-19 berpotensi mengundang risiko bukan sahaja terhadap dirinya malah kepada semua individu di sekolah.
Pakar Kesihatan Awam Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof Madya Mohd Dzulkhairi Mohd Rani berkata, golongan pelajar yang masih belum lengkap vaksinasi juga lebih terdedah kepada komplikasi yang lebih buruk sekiranya dijangkiti.
“Dalam kalangan mereka (pelajar) sebenarnya mampu menerima komplikasi yang teruk diebabkan jumlah virus di dalam badan mereka jauh lebih tinggi.
“Risikonya adalah sama seperti mana-mana individu yang mempunyai penyakit dan tidak memperoleh vaksin,” katanya kepada Astro AWANI pada Selasa.
Mengulas lanjut, Mohd Dzulkhairi berkata, ibu bapa sepatutnya memainkan peranan yang lebih penting dalam memastikan keselamatan anak mereka terutamanya apabila sesi persekolahan secara bersemuka telah dibenarkan.
Meskipun dorongan diberikan di peringkat sekolah, namun usaha itu memerlukan penglibatan ibu bapa sebagai penggalak bagi memastikan ianya selari dengan hasrat kerajaan untuk mencapai imunti kelompok.
Ujarnya lagi, persekitaran sekolah yang selamat bermula daripada langkah pencegahan awal bagi memastikan penularan di sekolah boleh dikawal pada tahap minima.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#pelajar
#vaksin
#sekolah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan