awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hamzah lepas jawatan Ketua Pembangkang, PN bakal umum pengganti
Iran keluar amaran berhubung Selat Hormuz selepas Trump umum rancangan sekatan laut
Tragedi pelajar maut di Kota Bharu perlu jadi iktibar, elak kecuaian - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar IPG lemas: KPM ambil tanggungjawab penuh, pegawai ditempat di JPN Perlis

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
07/04/2026
03:11 MYT
Pelajar IPG lemas: KPM ambil tanggungjawab penuh, pegawai ditempat di JPN Perlis
Suasana pilu menyelubungi perkarangan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, semalam apabila rakan-rakan mangsa lemas ketika berkayak di Pantai Merdeka, hadir memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang. --fotoBERNAMA
Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil tanggungjawab penuh terhadap insiden lemas melibatkan dua pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Perlis ketika menjalani aktiviti berkayak di Pantai Merdeka, Sungai Petani, Kedah, Sabtu lalu.
KPM turut memberi jaminan bahawa siasatan menyeluruh sedang dijalankan.
"Beberapa pegawai yang terlibat secara langsung dalam penganjuran program berkenaan telah ditempatkan sementara di Jabatan Pendidikan Negeri Perlis sehingga siasatan selesai dijalankan.
"Keadilan perlu ditegakkan demi keluarga mangsa, dan sebarang pelanggaran peraturan akan dikenakan tindakan tanpa sebarang perlindungan.
"Dalam masa sama, Kementerian turut memaklumkan sedang meneliti semula prosedur operasi standard (SOP) bagi semua aktiviti luar melibatkan institusi di bawah seliaannya, bagi memastikan aspek keselamatan diperkukuhkan dan kejadian seumpama itu tidak berulang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, KPM turut menyatakan, Menterinya, Fadhlina Sidek hadir ke Hospital Sultanah Bahiyah pada Isnin bagi memberikan penghormatan terakhir kepada dua guru pelatih Institut Pendidikan Guru (IPG) yang terkorban dalam satu kemalangan ketika mengikuti program luar kampus.
"Dua mangsa, Christopher Ling Jia Siang dan Joey Ling Lin Siang, merupakan guru pelatih dari Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis yang dilaporkan terlibat dalam insiden berkenaan semasa menyertai Program Pendidikan Luar Kampus.
"Mewakili Kementerian Pendidikan Malaysia, Fadhlina turut mengadakan pertemuan dengan ahli keluarga terdekat kedua-dua mangsa bagi menyampaikan ucapan takziah serta memberi sokongan kepada mereka," kata KPM.
Isnin lalu, dua pelajar sebuah institut pendidikan guru (IPG) ditemukan lemas selepas kayak dinaiki dipukul ombak di kawasan Pantai Merdeka, petang Sabtu.
Topic Berkaitan
#pelajar IPG lemas
#KPM
#JPN Perlis
#Pantai Merdeka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan