awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"Tidak ada PRU16 dalam satu, dua bulan ini" - PM Anwar
Misi bantuan Gaza: Pemilihan MB Selangor bantu permudah rundingan dengan Mesir - Anwar
WHO gesa sokongan keihatan segera di kawasan konflik Asia Barat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar IPTA maut kereta terbabas di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak

Bernama
Bernama
30/03/2026
12:19 MYT
Pelajar IPTA maut kereta terbabas di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak
Seorang penuntut wanita sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) maut selepas kereta yang dipandunya hilang kawalan lalu terbabas dalam kejadian di Kilometer 25.2 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, menghala ke Bentong, semalam.
Seorang penuntut wanita sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) maut selepas kereta yang dipandunya hilang kawalan lalu terbabas dalam kejadian di Kilometer 25.2 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, menghala ke Bentong, semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak Supt Abang Kaderi Abang Wasli berkata pihak Kaunter Aduan Balai Polis Trafik Gombak menerima maklumat mengenai kemalangan maut tersebut pada 8.44 malam.
Beliau berkata siasatan awal mendapati mangsa yang memandu kereta jenis Perodua Axia dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh penghadang jalan konkrit di sebelah kanan laluan.
“Dalam kejadian kira-kira 7.20 malam itu, mangsa yang berusia 20 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh Penolong Pegawai Perubatan dari Hospital Selayang akibat kecederaan parah,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Abang Kaderi berkata mayat mangsa telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Selayang untuk tindakan susulan dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
“Sehubungan itu, polis meminta orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat berhubung kejadian tersebut supaya tampil membantu siasatan,” katanya.
Maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Insp Rathana Kumar Vardaraju di talian 017-7745565 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak di talian 03-61262222.
— BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelajar IPTA
#kemalangan
#Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak
#Bentong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan