awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tersalah tekan pedal minyak kereta punca pelajar tingkatan satu maut dilanggar - Polis
Iran sahkan lebih 3,300 terkorban sepanjang konflik enam minggu
Sultan Mizan berkenan terima menghadap Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar jatuh bangunan dipercayai 'tantrum' ditegur guru bawa telefon ke sekolah

Bernama
Bernama
03/03/2026
06:22 MYT
Pelajar jatuh bangunan dipercayai 'tantrum' ditegur guru bawa telefon ke sekolah
Adzli berkata mangsa yang juga orang kurang upaya (OKU) pendengaran dan autisme, pernah dirujuk kepada perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah. -Gambar fail/Bernama
Insiden seorang pelajar tingkatan lima yang dilaporkan terjatuh dari bangunan sebuah sekolah menengah dekat sini semalam, dipercayai berpunca daripada reaksi mangsa yang tidak dapat menerima teguran guru kerana membawa telefon bimbit ke sekolah.
Ketua Polis Kedah Datuk Adzli Abu Shah berkata mangsa yang juga orang kurang upaya (OKU) pendengaran dan autisme, pernah dirujuk kepada perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah.
“Punca kejadian masih dalam siasatan tetapi siasatan awal mendapati, pada 26 Feb lepas, mangsa telah ditegur guru kerana membawa telefon pintar ke sekolah, bagaimanapun telefon itu tidak dirampas.
“Polis sudah menemu bual guru yang menegur serta beberapa guru lain dan kami akan siasat saksi lain untuk mendapatkan hasil siasatan yang telus,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda dekat sini hari ini.
Adzli berkata mangsa sudah bersekolah di situ sejak tingkatan satu dan dikatakan mempunyai sindrom “tantrum” dan dipercayai tidak mampu menerima teguran.
Beliau berkata pihaknya juga telah melawat mangsa di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini dan dimaklumkan pelajar itu berada dalam keadaan stabil.
“Pagi ini saya sempat melawat mangsa di hospital dan saya dimaklumkan oleh doktor kecederaan yang dialami mangsa banyak pada bahagian kiri badan.
“Mangsa patah tangan kiri, patah tulang selangka kiri, patah tulang pinggul dan turut mengalami kecederaan pada paru-paru kiri. Walaupun serius tetapi secara keseluruhan, mangsa dalam keadaan stabil,” katanya.
Adzli berkata siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 507 D (2) Kanun Keseksaan dan orang ramai diminta agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu.
“Kesan kecederaan pada mangsa konsisten dengan insiden mangsa jatuh. Tiada kecederaan pada kepala dan tiada kesan kecederaan lain yang boleh dikaitkan dengan kes buli,” katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis
#pelajar
#jatuh bangunan
#siasatan
#Autisme
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan